Upacara mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah dalam rahsia 13 menteri Kabinet di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara telah pun berlangsung baru-baru ni.
Menurut Berita Harian, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad mengaku yang urusan melantik menteri kabinet bukanlah satu tugas yang mudah dan tak akan sempurna serta tak lari dari kritikan orang ramai.
“Memang tidak ada Kabinet sempurna. Sentiasa ada saja cacat celanya. Kita pilih macam mana pun ada orang tak puas hati. Yang saya pilih ini pun saya tahu ramai yang tak puas hati. Tapi, nak puaskan hati setiap orang pun tak mungkin.”
Selain itu, Tun M berkata rakyat perlu beri peluang kepada orang baru untuk menyandang jawatan dalam kabinet selain mengambil kira tuntutan wanita. Beliau juga ingatkan bahawa prestasi menteri-menteri ini akan diambil kira.
“Jadi, kita akan cuba. Kalau (prestasi) tidak memuaskan, kita kena gugur dan kita pilih lain.”
Sementara itu, apabila ditanya tentang kritikan yang diterima dengan melantik Dr Maszlee Malik selaku Menteri Pendidikan, beliau memujinya dan berkata perlu cuba untuk bagi jawatan tersebut kepada orang lain dan tak perlu cari yang lama atau yang ada connection sahaja.
Kita cuba dulu ye.
Baca: “Kita akan kembalikan kegemilangan Malaysia” – Tun M