in

“Kalau para ustaz buat hal, tau pulak sonyap!” – Elvina Mohamad ‘Sound’ PU Syed

Ft Elvina Pu Syed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh dalam Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik di menerusi filem Everything, Everywhere All At Once telah membuatkan ramai rakyat tumpang gembira dan bangga melihat kejayaan anak kelahiran Ipoh, Perak ini.


Bagaimanapun, pendakwah bebas PU Syed sebelum ini tampil memberi respon dengan menyatakan bahawa kemenangan itu bukan sesuatu perkara yang patut dibanggakan kerana tidak membawa sebarang manfaat kepada agama Islam.

 

Elvina Mohamad tempelak PU Syed

Dengan kenyataan tersebut, ia membuatkan pelakon Elvina Mohamad terpanggil untuk tampil menempelak PU Syed menerusi IG Story miliknya. Menurutnya, tiada perkara yang perlu diherankan, kerana kemenangan seseorang memang wajar untuk diucapkan tahniah.

Malah, Elvina turut mempersoalkan intergriti dirinya sebagai pendakwah itu yang senyap jika golongan-golongan yang seangkatan dengannya itu terpalit dengan kontroversi.

“Kalau congrats kan the winner pun salah di mata ustaz susah lah ustaz oii!
Takda apa pun yang nak diherankan, dah orang tu menang, kita ucap lah Tahniah.”

“Kalau para-para PU/DA’I/USTAZ buat hal buat masalah takda pulak ustaz nak keluar statement pape. Tau pulak sonyap! #annoying.”

Img 8980

Sebagai rujukan, pelakon kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh mencatat sejarah sebagai anak tempatan pertama yang menang trofi Oscar. Lebih membanggakan, pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu merupakan aktres Asia pertama yang berjaya menggenggam trofi berprestij tersebut, lapor Kosmo!

Baca : “Tak bermanfaat kepada agama” – PU Syed ‘Sound’ Netizen Bangga Michelle Yeoh Menang Oscar?

Ft Pu Syed Sound Michelle Yeoh

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.