Mahkamah Majistret hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan ke atas anak bekas menteri pertahanan Mohammad Sabu kerana salah guna dadah, lapor FMT.
Hakim, Mohamad Aizat Abdul Rahim mengatakan, Ahmad Saiful Islam gagal untuk memberikan hujah untuk menimbulkan keraguan atas tuduhannya.
Kalau tertuduh mengaku bersalah sebelum ini, hukuman mungkin akan lebih ringan.”
Hakim turut menetapkan hukuman penjara ini dijalankan serta merta mulai hari ini sekaligus menolak permintaan peguamnya Nasar Khan untuk menangguh pelaksanaan hukuman sehingga rayuan dibuat.
Kalau korang nak tahu, Saiful telah ditahan pada Januari tahun lalu kerana didakwa positif dadah jenis ganja di premis hiburan di Jalan Ampang.
Baca: “Mat Sabu menteri kartun!” – Najib