in

“Kalau memang nak, mintanya dekat Allah ya” – Ada Yang Cuba Rampas Engku Emran Daripada Laudya Chyntia Bella?

Ee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak menonton filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 (SYTD2)?


Korang ingat tak peneraju utama SYTD2? Ya.. Laudya Cynthia Bella namanya.

Terbaharu Laudya dikatakan tidak mahu lagi memuatnaik foto bersama suaminya, Engku Emran. Tapi kenapa ya?

Menurut pelakon terkenal Indonesia itu, tindakannya itu diambil kerana timbul isu yang boleh membuatkan rumahtangganya retak.

Memetik laporan mStar Online, Laudya berkata suaminya kini dijadikan sasaran wanita perampas.

”Insya-Allah ini muat naik terakhir! sama suami. Soalnya wanita-wanita zaman sekarang, mereka suka mahu sama yang kita punya.

Screen Shot 2019 09 22 At 9.51.30 Am
Sumber instagram

“Kalau memang nak, mintanya dekat Allah ya mbak, tante, de (kakak, makcik, adik),” katanya menerusi Instastory.

Laudya dan Engku Emran bernikah pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Malaysia.

Desas desus percintaan mereka dikatakan bermula apabila kawan baik Laudya, Nora Danish menjadi ‘match maker’ antara Laudya dan Engku Emran.

Baca: Netizen Kagum Hubungan Kekeluargaan Erat Antara Laudya Cynthia Bella dan Erra Fazira

Screen Shot 2019 09 22 At 11.02.24 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.