in

“Kalau masak tak jadi boleh post kat group, kalau masakan tak selamat? -Ahli Kimia Perjelas Masak Lemang Dalam Tin Minuman Tak Selamat

Combine Tin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat Malaysia memang suka cuba sesuatu yang ‘baru’ especially dalam masakan. Banyak idea yang mudah tercetus dalam kalangan kita in case nak buat benda jadi senang.

Kalau dah dapat mesti nak share dengan semua orang supaya orang lain pun ikut.


Namun, nak jadi kreatif pun kenalah tengok sama ada idea tu bagi impak yang baik ataupun bagi kemudaratan.

Baru-baru ini, ada individu yang cuba untuk memasak lemang menggunakan tin minuman. Mungkin baginya, cara ini lebih mudah kalau nak dibandingkan dengan cara masak lemang yang betul.
Tapi cara ini sangatlah tak sesuai.

Tin4

Menurut posting di Facebook daripada ahli kimia yang dikenali sebagai Fatimah Salim, dia mengatakan yang memasak lemang menggunakan tin minuman TIDAK DIGALAKKAN.

Tin

“Tidak kira apa juga bahan binaan tin tersebut, termasuklah aluminium iaitu merupakan sejenis logam yang reaktif. Haba memasak yang tinggi dan pendedahan yang berterusan akan menyebabkan bahan masakan bertindakbalas dengan bahan kimia binaan tin ini”

Menurutnya juga, ini berbeza dengan peralatan memasak yang diperbuat daripada aluminium kerana ianya mempunyai satu lapisan aluminium oksida (Al2O3) yang sangat stabil.

Tin2

Lapisan oksida ini bertindak sebagai selaput penghalang hakisan aluminium ke dalam minuman atau makanan sekiranya tidak dikikis semasa mencuci.

Namun lapisan ini belum terbentuk pada tin aluminium yang sangat nipis tu.

Admin tak pernah try lagi cara ni, tapi kalau dah tau bahaya so tak buat lah kalau macam tu

Baca : “Kalau jumpa kedai jual macam ni jangan beli” – Telur Pecah Memang Murah, Tapi Bahaya

Telur

 

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.