in

“Kalau macam ni manusia pun takut”- ‘Rare’ Betul Rupa Orang-Orang Di Sawah Padi Jepun Ni!

Feature 1.1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Scarecrows atau orang-orang yang dipacak di sawah padi digunakan untuk menghalau burung atau binatang lain yang boleh merosakkan tanaman pesawah.

Namun, lain pula rupa orang-orang yang digunakan oleh pesawah Jepun ni sebab mereka telah meletakkan patung orang-orang yang berwajah seram di sawah mereka. Kalau macam ni, bukan setakat burung, manusia pun takut!  


Gambar-gambar orang-orang di sawah padi Jepun ini mula tular setelah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, @ddoniovalcroze beberapa hari lalu.

https://twitter.com/ddoniolvalcroze/status/1377363885263446017

Menurut orang Jepun, rupa orang-orang tersebut seram sebab ia juga dikenali sebagai Tuhan sawah padi dan mengikut kepercayaan mereka, ia boleh mengusir semangat jahat.

Orang 1

Namun, ada juga petani yang menggunakan watak kartun comel seperti Minion, Olaf dari filem Frozen dan Hello Kitty pada orang-orang di sawah mereka. Bukan setakat tu je, ada jugak yang guna Godzilla! 

Yang ni lagi rare, orang-orang ni siap boleh bergerak seakan-akan terbang macam hantu dalam filem seram. Memang ngeri kalau tiba-tiba tersasar ke tempat ni time malam. 

Sebenarnya, ada sebuah filem Jepun iaitu Kakashi (Scarecrow) yang diinspirasikan daripada orang-orang yang seram ni. Filem ini telah ditayangkan pada tahun 2001. So, korang boleh lah try tonton filem ni. 

Orang 8

Orang 6

Orang 5

Rata-rata netizen juga berpendapat orang-orang ni memang seram dan berupaya menakutkan manusia terutamanya pada waktu malam.

Orang 3

Boleh pengsan kalau terkejut tengok benda ni 

Orang 2

Burung pun boleh mengigau tengok rupa orang-orang di sawah padi ni

Orang 4

Seram sejuk pulak tengok gambar orang-orang ni! 

Baca: “Lain macam konvo dia” – Netizen Terhibur Tengok Majlis Konvokesyen Universiti Di Jepun Ini

Orang Orang

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Japan Today
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.