in

“Kalau macam ni beranak setiap tahun!” – Ketua Gangster Bagi Anak, Menantu RM59 Juta Sebab Lahirkan Cucu

Macau Tycoon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sanggup tak beranak setiap tahun kalau macam ni?


Seronok berganda-ganda! Ketua gangster popular di Macau dikatakan telah memberi ‘hadiah’ berupa wang ringgit kepada anak lelaki serta menantunya yang baru sahaja melahirkan anak sulung mereka.

Menurut Today Online, Stanley Ho telah memberi wang berjumlah 100 juta Yuan (RM 59 juta) sebagai hadiah kepada anaknya, Mario Ho, 25, dan isteri kerana telah ‘memberikannya cucu’.

Mario4
sumber: hk tatler
Mario1
sumber: instagram

Mario dan isterinya Ming Xi, 30, baru saja menimang cahaya mata lelaki mereka pada 24 Oktober yang dinamakan Ronaldo.

Stanley yang digelar ‘raja judi’ dan jutawan terkenal di Macau mempunyai 4 isteri dan 17 anak termasuk Mario. Ronaldo merupakan cucunya yang pertama dan disebabkan itu jugalah jutawan berusia 98 tahun tersebut dikatakan memberi hadiah wang ringgit berkenaan untuk menggambarkan kegembiraannya.

Mario6
sumber: 8days
Mario3
sumber: goodyfeed
Mario8
sumber: nextshark

Sebelum ini, melalui akaun media sosial Weibo, Marioa ada ‘bergurau’ memberitahu ibu dia ‘nak cucu lelaki’ dan kalau dia ‘berjaya’, bapanya akan hadiahkan ‘100juta yuan’ sebagai ‘terima kasih’.

Bukan itu saja, isteri Mario yang juga model Victoria Secret itu dikatakan menerima 500 juta yuan (RM296 juta) selepas berkahwin dengan Mario, 3 bulan lepas. Seluruh ahli keluarga besar Stanley dikhabarkan gembira dengan kelahiran cucu pertama dalam keluarga itu yang akan pegang gelaran ‘Ho’.

Mario9
sumber: wsj
Mario2
sumber: instagram
Mario7
sumber: harpers bazaar

Seronoknya, rasa hilang sakit beranak bila dapat hadiah tu haha!

Baca: “Kalau pandai pilih durian, kau boleh kahwin dengan anak aku dapat semua harta aku” – Jutawan Durian

C1 1638966 620X413 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.