in

“Kalau England yang buat…” – Ramai Terkedu Lihat Messi ‘Headlock’ Jude Bellingham

Syaz Ft 2026 07 16T101939.190

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu insiden melibatkan Kapten Argentina, Lionel Messi, dan pemain England, Jude Bellingham, dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia semalam mencetuskan rasa tidak puas hati dan kemarahan dalam kalangan peminat bola sepak tanah air dan antarabangsa.

Foto tangkapan layar yang tular memaparkan aksi Messi yang memegang dan mengunci bahagian leher Bellingham dari belakang ketika perebutan bola. Tindakan tersebut disifatkan oleh ramai sebagai perbuatan yang sangat berbahaya dan tidak wajar berlaku di atas padang.


Artikel berkaitan: “Bukan sebab Messi” – Netanyahu Dedah Sebab Sokong Argentina Jadi Juara Piala Dunia 2026

Artikel berkaitan: Dari Messi Ke Ronaldo, Piala Dunia 2026 Pentas Akhir Buat 4 Ikon Bola Sepak Ini

 

View on Threads

 

Netizen Kecam Tindakan Kasar Messi

Perbuatan pemain berusia 39 tahun itu menerima kritikan hebat daripada warga maya yang menganggap kekasaran sedemikian tidak sepatutnya dibiarkan tanpa sebarang tindakan disiplin atau kad daripada pengadil perlawanan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa berang dan menyifatkan tindakan Messi itu tidak mencerminkan tahap profesionalisme sebagai seorang pemain bertaraf bintang.

Cats 14

Didakwa Sentiasa ‘Lepas’ Dan Dapat Layanan Istimewa

Bukan itu sahaja, isu ini turut membangkitkan kembali dakwaan lama dalam kalangan peminat yang berpandangan bahawa Messi sering mendapat ‘layanan istimewa’ (double standard) daripada pegawai perlawanan setiap kali beliau melakukan kekasaran.

Sikap mendiamkan diri serta tiada tindakan tegas diambil berhubung insiden kekasaran fizikal tersebut nyata meninggalkan rasa kecewa yang mendalam dalam kalangan peminat sukan berkenaan.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.