Usahawan Siti Nur Khalieda Yusra atau lebih dikenali sebagai Kieda Crepe mendedahkan bahawa anak lelakinya telah dibuli di sekolah.
Menerusi hantaran terbaharu yang dikongsi di akaun media sosialnya, Kieda mendakwa ibu bapa kepada pelajar berkenaan masih tidak berpuas hati dan menuding jari terhadap anaknya.
Menurut Kieda, disebabkan masalah itu, anaknya kini ditempatkan di kelas baharu. Walau bagaimanapun, anak lelakinya itu kini berada di dalam keadaan yang baik.
Artikel berkaitan: “Thanks Jason!” – Dapat Review 4.2 Dari Jason, Kieda Crepe Tak Melatah!
Artikel berkaitan: “Jagalah jari kamu” – Dikecam Sebab Tak Cukup Rehat Sampai Gugur Kembar 3, Kieda Crepe Bersuara
“Terima kasih sebab try hard ganggu mental kami. Cari salah anak kami sedangkan anak tuan puan dulu yang angkat tangan mengaku buat anak kami.
“Alhamdulillah, anak saya dalam keadaan baik dan kuat seperti saya. Terima kasih semua pihak yang terlibat,” tulisnya di ruangan kapsyen video.
Dalam pada itu, Kieda turut menasihati anaknya untuk bersabar walaupun diejek atau ada yang bercakap buruk mengenainya.
@kiedacrepepenang Terima kasih sebab tryhard ganggu mental kami. Cari salah anak kami sedangkan anak tuan puan dulu angkat tangan mengaku buat anak kami . Malu rasanyaaa 🥺Alhamdulillah , anak saya dalam keadaan baik dan kuat seperti saya 💕 terima kasih semua pihak yang terlibat. @KiedaCrepeHouse @AMY KIEDA MERCHANDISE
“Hari ini mula masuk ke kelas baru, kalau ada kawan-kawan yang ambil barang atau mengejek..jangan pukul mereka.
“Kalau dia cakap crepe ibu tak sedap, ibu tak lawa, ibu hitam… biarkan sahaja dan beritahu cikgu. Janji dengan ibu, ibu kenal anak ibu macam mana.
“Sakit macam mana pun sabar. Ibu kena dengan satu Malaysia, jadi ibu tahu abang boleh bersabar. Biar orang ejek kita… tapi abang adalah anak yang baik,” kata Kieda kepada anaknya.
Sementara itu, rata-rata netizen di ruangan komen meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah individu yang bertindak melampau sehingga melibatkan anaknya.
Terdahulu, nama Kieda Crepe kembali hangat di media sosial selepas pempengaruh makanan memberi ulasan mengenai dessert popular Kieda.
Sumber: TikTok