Ramai yang sudah kenal dengan nama Kieda Crepe, ia merupakan antara jenama makanan yang sering menjadi bualan di media sosial. Malah, orang ramai sanggup beratur panjang untuk membeli dan merasai manisan tersebut.
Baru-baru ini, Jason yang merupakan food reviewer terkenal di TikTok sempat mencuba manisan tersebut, umum mengetahui Jason merupakan salah seorang pempengaruh yang jujur dalam memberikan komen serta rating untuk sesebuah makanan.
Artikel berkaitan: “Jangan nak terpaling suami awak seorang yang jaga” – Abang Tesla ‘Sound’ Kieda Crepe Isu Tak Jaga Isteri Pertama Keguguran
Artikel berkaitan: “Jagalah jari kamu” – Dikecam Sebab Tak Cukup Rehat Sampai Gugur Kembar 3, Kieda Crepe Bersuara
@scaredtodie finally tried kieda crepe #jasonfoodreview #makanlokal #malaysiafood #foodreview #scaredtodie #klfoodie
Pun begitu, Jason memberikan markah yang sangat rendah iaitu 4.2/10 untuk Kieda Crepe selepas mencuba crepe berperisa biscoff, oreo dan durian dengan harga RM15.
Jason mengulas, crepe tersebut mempunyai inti durian yang tidak menggunakan durian sebenar, sebaliknya ia telah dicampur dan diadun dengan kastard.
Tidak berdiam diri, pemilik Kieda Crepe iaitu Khalieda Yusra meninggalkan komen di video tersebut dan mengakui inti durian itu memang dicampur kastard.
Dalam komen itu, difahamkan inti durian itu memang sengaja dicampur kastard agar mereka yang tidak menyukai durian juga boleh mencuba manisan tersebut.
Korang pernah try Kieda Crepe?
Sumber: TikTok