Semalam, usahawan dessert Kieda Crepe memaklumkan kepada umum bahawa anak kembar tiga dalam kandungannya telah meninggal dunia.
Netizen nasihat suruh jangan lasak
Pun begitu, ramai netizen di ruangan komen menasihatinya namun ada segelintir daripada yang seperti ‘mengajar’ Kieda supaya tidak terlalu lasak sehingga menyebabkan keguguran.
Artikel berkaitan:“Bukan suami Kieda” – Netizen Risau Suami Curang Lepas Dapat Harta, Kieda Crepe Beri Nasihat
Artikel berkaitan: “Saya tiru cara KA” – ‘Sale’ Merosot, Kieda Crepe Tetap Beri Bonus Kepada Staf Guna ‘Saving’ Sendiri
Sebab tu orang nasihat suruh rest, dengar sama. Benda masih baru senang nak terjadi apa2. – netizen
Itulah dah tahu baru lagi gagah jugak nak tour. Lain kali rehat dulu bagi la suami dan staf uruskan, tapi apa pun moga cepat sembuh la. Selamat berpantang. – netizen
View this post on Instagram
“Kalau bedrest pun Allah cakap bukan rezeki, tetap bukan rezeki”
Bagaimanapun, Kieda melalui Instagram Story meluahkan rasa sedih kerana terasa dengan komen-komen yang seperti menyalahkannya.
Rahim Kieda kuat, kalau tak kuat salah sorang pun mesti jatuh doktor cakap. Kalau bedrest pun Allah cakap bukan rezeki, tetap bukan rezeki.
Dia turut meminta netizen supaya tidak memberikan komen negatif sebaliknya berikan kata-kata semangat untuknya yang sedang dilanda kesedihan.
Orang kita selalu macam ni.. “Sebab tulah.. tulah lain kali.” Beringat tu betul tapi sampai menakutkan orang tu tak betul. Tak susah pun komen yang baik-baik.
Tiada seorang ibu hendak anaknya meninggal dalam rahim dia sendiri. Jagalah jari kamu, kamu tak tahu bagaimana aku sabar saat diuji sebegini rupa.
Besar ujian Kieda.. moga diberi kekuatan!
Sumber: Instagram