in

“Kalau dah puji i cantik macam mana?” – Faiz Roslan ‘Sekolahkan’ Instafamous Yang Jadikan Kutukan Terhadapnya Sebagai Bahan Dakwah

Faizroslan2

Isu perubahan penampilan instafamous Faiz Roslan nampaknya jadi semakin meleret apabila ada seorang instafamous cuba mencabarnya apabila wanita tersebut condemn dia habis-habisan sebagai bahan dakwah.

 

Apa function komen kat gambar diaorang”

Berikutan dengan isu pujian cantik terhadap Faiz Roslan yang pernah dikongsikan sebelum ini, ia membuatkan wanita ini terpanggil untuk memberi komen, wanita tersebut menjadikan isu ini sebagai contoh sebelum menyelitkan unsur dakwah kepada pengikut-pengikutnya di Instagram.

Ikuti perkongsiannya di bawah ni.

Rata-rata netizen mengecam cara wanita ini berdakwah, ada warganet yang rasakan dia yang sebenarnya mahukan perhatian lebih.

Namun begitu ramai juga yang menyokong dengan cara dia mengingati sesama sendiri sebelum ruangan komen itu ditutup.

Komen 5
Sumber : instagram

Ternyata dakwah yang wanita ini lihat telah sampai ke mata tuan empunya badan sendiri. Faiz Roslan tampil hentam balik kenyataannya dengan mempertikaikan kandungan yang dia cuba sampaikan.

 

Kalau dah puji i cantik macam mana?”

Tambahnya lagi, dia tak kisah kalau dia ditegur oleh golongan P.U kerana mereka semua ‘ada isi’ sendiri tetapi dia begitu tak gemar dengan cara wanita ini.

Menerusi laman Instagram Faiz Roslan sendiri, dia menggesa wanita itu untuk buat ulasan yang lebih berfaedah berbanding mengutuk dirinya, seperti isu virus yang tengah hangat sekarang ini atau pasal info lain yang ada fakta.

https://www.instagram.com/p/B75iauqHI2-/?igshid=wpetbae7kt5m

Katanya lagi, dia bukanlah cuba pengaruh sesiapa untuk jadi macam dia, dan apa yang cuba ditunjukkan di media sosial itu adalah dirinya sendiri dan terserah pada orang sama ada suka atau tidak.

Kenyataan balas daripada Faiz Roslan ini juga mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang sokong dengan ada yang dia cakap dan ada juga yang bantah. Terpulanglah pada pendapat masing-masing.

 

Baca : “Tak payah puji dia!” – Netizen Menyampah Tengok Ramai Support Faiz Roslan Transform Jadi Perempuan

Faizroslan