Korang ada tak fobia atau rasa takut bila naik escalator?
Sebelum ni pernah berlaku kaki seorang kanak-kanak tersepit di escalator dan memerlukan bantuan pasukan keselamatan untuk membantu.
Tular di laman Twitter video berdurasi 19 saat mengenai escalator rosak yang tetap digunakan oleh orang ramai sehinggalah ia secara tiba-tiba runtuh dan menyebabkan seorang lelaki terjatuh ke dalam escalator tersebut.
Sekadar mengingatkan, escalator yang mati tidak bisa digunakan sebagai "tangga" ya
Kalau 1-2 orang mungkin masih aman, tapi ini udah kelebihan beban.
Source: WA group pic.twitter.com/lMywjHyPQD
— fierza ?? (@fierza) December 9, 2019
Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @Hafeezpen telah berkongsi mengenai kenapa korang perlu elakkan dari guna escalator yang rosak.
Menurutnya, kes yang melibatkan escalator rosak ni adalah berkemungkinan disebabkan oleh pemasangan escalator tersebut tidak mengikut piawaian yang ditetapkan kepada bangunan tersebut.
Selain itu, semasa escalator yang rosak itu berhenti, kadang kala tangga yang menjadi tapak tidak berada dalam urutan yang sebenar dan ia secara tidak langsung boleh menyebabkan bahaya dan kecederaan kepada sesiapa yang menggunakannya.

Tambahnya lagi, jika escalator tersebut berhenti ia adalah disebabkan oleh masalah teknikal, kegagalan brek, atau kegagalan rantai dan boleh menjadi lebih teruk dengan menggelongsor ke bawah serta boleh menyebabkan kecederaan kepada sesiapa yang sedang berada disitu.
Dia turut memberi nasihat kepada orang ramai untuk tidak menggunakan escalator jika nampak escalator itu rosak dan meminta mereka untuk menggunakan tangga yang berdekatan.
Husih seramnya bila tahu apa yang jadi kalau korang still degil nak pakai escalator rosak. Gunakan jelah tangga untuk keselamtan diri sendiri juga.