Pelakon veteran kesayangan ramai, Wan Maimunah, terbuka hati untuk bertemu seorang lelaki yang teringin berjumpa dengannya kerana wajahnya dikatakan seiras dengan arwah ibunya.
Menurut anak Wan Maimunah, Muhammad Shah, dia mendapat tahu mengenai kisah lelaki tersebut selepas dihubungi beberapa kenalan yang ingin membantu mengatur pertemuan.
“Saya terkejut bila dapat tahu dia teringin sangat nak jumpa ibu saya sebab wajah ibu mirip dengan arwah mak dia. Katanya dia kesal sebab tak sempat mohon maaf sebelum ibunya meninggal 19 tahun lepas.”
“Jika dia ingin berjumpa, dia boleh datang ke gerai ayam golek Ferris Wheel di Pengadang Baru, Kuala Terengganu sebelum kami pulang ke kampung di Jasin, Melaka pada 21 Mac nanti.”
Menurut laporan Sinar Harian, Muhammad Shah telah cuba menghubungi lelaki tersebut di media sosial, tetapi masih belum mendapat maklum balas.
“Kalau dia betul-betul nak jumpa, kita boleh aturkan,” katanya.
View on Threads
Artikel berkaitan: “Janganlah buat saya nangis” – Viral Video Wajah Seiras Arwah Ibu, Wanita Dipertemukan Dalam MHI
Artikel berkaitan: “Gemersik macam arwah ibu dia” – Ramai Netizen Kagum & Sebak Dengar Anak Arwah Siti Sarah Nyanyi

Sebelum ini, kisah ini menjadi perhatian selepas seorang pengguna akaun Thread, @syukriesufian, berkongsi hasratnya untuk bertemu Wan Maimunah kerana wajahnya dikatakan mirip dengan arwah ibunya.
Dalam postingnya di Threads, lelaki tersebut menulis:
“Assalamualaikum. Tahun ni saya nak tebal muka sikit. Saya tahu Wan Maimunah ada dekat Terengganu niaga ayam bakar, tapi agak-agak raya tahun ni beliau ada dekat mana ye?
Saya teringin nak jumpa dia sebab wajah dia persis arwah mak. Arwah mak meninggal 19 tahun lepas tapi perasaan bersalah tu masih saya simpan sampai sekarang. Cuma berharap tahun ni, saya boleh lepaskan beban/masalah/dosa yang saya galas selama 19 tahun ni.”
Difahamkan, @syukriesufian telah mendapat DM daripada anak Wan Maimunah dan bakal bertemu dengannya tidak lama lagi.
“Alhamdulillah. Nampak gaya macam ada rezeki untuk bersua muka. Moga diberi kesempatan. Anak kepada Wan Maimunah dah respon dekat FB. Terima kasih semua.”
Harapnya pertemuan ini dapat memberi sedikit kegembiraan dan ketenangan buat lelaki tersebut.