in

“Jangankan ambil, buka pun tak” – Pekerja Tesco Pulangkan Semula Wallet Berisi RM2,000 Yang Dijumpai Dalam Troli

Collage 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang betul, masih ramai lagi orang jujur dekat dalam Malaysia ni, macam mana pun chances untuk kita jumpa orang yang jujur memang satu dalam seribu.


Macam kes yang berlaku Kedah baru-baru ni, seorang pengguna Facebook dengan nama Ain Fatin Lyana telah memuat naik kisahnya yang tertinggal wallet di Tesco Stargate, Alor Setar.

Ada jugak manusia mcm ni zaman skrng ?Semlam kak ain p la Tesco Stargate nk beli ikan ,sayoq2..elok smpai dlm pukui…

Posted by Ain Fatin Lyana on Saturday, June 15, 2019

“Ada jugak manusia macam ni zaman sekarang.

“Semalam Kak Ain pergi Tesco Stargate nak beli ikan, sayur-sayur. Elok sampai dalam pukul 10.30, dorang dah bungkus-bungkus simpan. Lepastu terus pecut pergi Tesco Mergong pulak sebab Tesco Mergong tutup lewat.

“Sampai-sampai Tesco, cari clutch bag husband tak jumpa, rupa-rupanya tertinggal dalam troli Tesco Stargate… Naik bulu-bulu roma ni, pucat muka kalau toreh tak keluar darah. Sebab dalam bag tu baru tekan (keluar) duit, ada RM2,000.

“Masa tu, laju kami bawa kereta dah tak tengok kiri kanan. Masa otw tu baca doa macam-macam sambil terfikir kalau bangla kemas troli, mampuslah.

“Elok-elok sampai sana pukul 10.50pm, dorang dah siap-siap kemas troli. Nampak sorang abang tengah tolak troli terus tegur dia tanya nampak wallet saya tak. Dia kata, ada-ada warna hitam ya? Saya baru nak hantar pergi customer service.

“Alhamdulillah, macam nak nangis pun ada. Ada lagi manusia jujur zaman sekarang. Ingatkan dah pupus. Sebab selalu jumpa orang tamak harta je.”

64761977 2719917804704089 3450553687401824256 N
Sumber: facebook

Ekoran dari posting Ain ini, ramai netizen yang memuji kejujuran pekerja Tesco ini. Mana taknya, kita pun kalau ada dalam situasi ni tak tahu kita boleh berlaku jujur ke tak.

Kalau korang nak tahu, pekerja ini namanya adalah Azhar Abdul Hamid. Semasa dihubungi mStar, Azhar berkata dia terharu dengan reaksi orang ramai.

Walaupun gajinya hanya RM1,500, dia tak ada niat langsung nak mengambil dompet yang tertinggal itu. Malah, dia dalam perjalanan untuk memberikan dompet tersebut kepada perkhidmatan pelanggan.

“Masa jumpa tu memang saya tak buka langsung. Tak berani, takut disalahkan kalau hilang apa-apa.”

Pihak Tesco Stargate juga dah pun ketahui tentang tindakan Azhar ini dan akan memberikan penghargaan buat pekerja mereka ini.

Harapnya rezeki Azhar ini sentiasa dipermudahkan.

 

Baca: “Semoga abang-abang posmen dimurahkan rezeki” – Netizen Puji Tindakan Keluarga Ini Ajak Posmen Berbuka di Rumah Mereka

Screenshot 2019 06 18 At 12.58.58 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.