in

“Kalau ada lelaki yang mahukan saya….” – Vanida Imran Letak Syarat Sebelum Serah Hati Kepada Seseorang

Veeimran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita kahwin, cerai dalam kalangan selebriti tempatan bukanlah asing lagi.. yelah selebriti pun manusia biasa jugak kan, siapa yang nak cerai kalau dah kahwin kan.


Tahun lepas, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita penceraian aktres terkenal, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak – meskipun tanpa sebarang ura-ura negatif dalam rumah tangga mereka.

Menurut Vanidah kegagalan itu bagaimanapun tidak membuatkan hatinya tertutup untuk menerima kehadiran lelaki lain dalam hidup.

Capture2 21 58 982516
Sumber: mediahiburan. My

Namun katanya terdapat syarat tertentu yang perlu dipatuhi jika benar-benar serius ingin mengetuk pintu hatinya.

“Saya tak pernah menutup pintu hati ini, tetapi tidaklah sampai ke tahap hendak mencari jodoh. Malah, memang ada lelaki yang cuba mendekati, namun banyak faktor perlu saya fikirkan. Ia bukan mudah kerana saya mempunyai dua anak.

“Walaupun anak bersikap terbuka, saya masih perlu mengambil kira segala faktor berkaitan. Mereka pula sangat rapat dengan saya, terutama anak perempuan yang berusia 15 tahun itu. Sehingga kini, dia masih tidur dengan saya.

“Justeru, kalau ada lelaki yang mahukan saya, dia kenalah pandai mengambil hati mereka juga. Selain diri ini, dia juga perlu menyayangi anak-anak saya,” katanya, memetik BH Online.

Vee sebelum ini disahkan bercerai dengan Rashidi pada Ogos tahun lalu setelah 18 tahun berkongsi hidup bersama.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Aimran, 18 dan Maryam Rashika, 15.

Baca: “Bila la cik kak nak berhijab?” – Vanidah Imran dan Rashidi Ishak Dipuji Tidak Cepat Melatah Balas Sindiran

Screen Shot 2019 11 30 At 2.56.33 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.