in

“Kaki tak kuat” – Peserta Top 20 Dewi Remaja Perjelas Punca Terjatuh Masa ‘Catwalk’

Feature Image Jatuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang kita tahu, ramai selebriti wanita yang memulakan karier mereka dengan menyertai pertandingan dewi remaja. Sebelum ini pernah juga berlaku kejadian dimana kemenangan peserta dewi remaja di tarik balik.


Namun, pada tahun ini pertandingan dewi remaja 2019 masih diteruskan dengan peserta-peserta baharu yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang.

Baru-baru ini telah berlangsungnya pencarian peserta dewi remaja bagi top 12 dan ia telah disiarkan secara live di laman instagram dan Facebook majalah remaja.

Malang tidak berbau apabila salah seorang peserta yang turut serta dalam pertandingan itu, Farzana Zainul, 22, terjatuh sebanyak tiga kali ketika sedang catwalk diatas pentas.

Video yang dirakam secara screen recording oleh pengguna Twitter, @LeenaJohan semasa peserta dewi remaja yang sedang catwalk terjatuh itu mendapat perhatian netizen.

Peserta tersebut kelihatan tenang mengawal situasi apabila dia terjatuh buat kali pertama dan masih kuat untuk meneruskan tugasan catwalknya.

Tapi bertambah malang lagi apabila dia telah terjatuh untuk kali kedua dan ketiga sepanjang catwalk tersebut dan terus tenang mengawal emosinya.

“I jatuh banyak kali sebab kaki tak kuat”

Farzana telah menjelaskan di IG story bahawa kejadian dimana dia terjatuh semasa catwalk itu adalah disebabkan kakinya yang kurang kuat.

Image From Ios 1
Sumber: instagram

 

Namun netizen yang menonton video ini turut bersimpati dengan nasib yang dialaminya dan turut mengucapkan kata-kata semangat.

“Never give up!”

Huwaa
Sumber: twitter

 

“Jatuh kali ketiga pun still senyum”

Strong
Sumber: twitter

Ada juga netizen yang memberikan tips untuk berjalan dengan betul diatas pentas peragaan.

Tips 1
Sumber: twitter

Namun lebih mendukacitakan apabila Farzana sendiri ada memuat naik di IG story miliknya yang mengatakan dia tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya iaitu top 12.

Image From Ios 1 1
Sumber: instagram

Admin rasa dia punya tahap confident dan keberanian dia memang hebat!

 

Baca: “Ramai je artis yang gelap tapi tak desperate” – Netizen Bosan Haneesya Hanee Kerap Muat Naik Isu Kulit Gelap di Twitter?

Hitam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.