in

“Kaki kena ketuk” – Polis Siasat Kes Budak Kena Buli Dengan 4 Anak Jiran

Lebam 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dari dulu lagi, banyak kes buli telah dilaporkan dan terbaharu tular di X tentang budak perempuan yang teruk dibuli sehingga anggota badannya lebam.


Lebam 1 1
Sumber:x

“Kaki kena ketuk, leher kena cekik”

Menerusi hantaran di X yang dimuat naik oleh @itsnhj_ menunjukkan gambar kesan lebam pada kaki seorang budak perempuan. Difahamkan, dia dibuli secara fizikal sehingga terpaksa menjalani pembedahan pada kaki..

Mulut kena salotape, Kaki kena ketuk dengan batu bata. Leher kena cekik. Hidung kena sepit dengan penyepit baju. Perut kena tumbuk.

Sekarang Cahaya terlantar di HKL.. Dah operate kaki darah beku dan nanah.

Bagaimanapun, budak tersebut telah ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan dan mendapati tiada kesan retak cuma tisu terkoyak.

Artikel berkaitan: Dibuli Sampai Pekak, 5 Bekas Pelajar Diarah Bayar Ganti Rugi Lebih RM600,000

Artikel berkaitan: Kes Adik Maut Dicekik Abang, Bapa Dedah Anak Mangsa Buli Di Sekolah

Selain itu, dia dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur dan pihak hospital memaklumkan alat kemaluan kanak-kanak itu pedih dan dia sukar untuk membuang air kecil.

Pembuli kanak-kanak, polis sedang siasat

Kata budak perempuan berkenaan dia dibuli oleh beberapa anak jiran yang berusia lingkungan 7 sehingga 14 tahun.

Cahaya cakap anak jiran depan rumah yang buat. Kasihan anak yang kak Mas jaga ni. Seorang lelaki darjah 1 dan 2 orang perempuan darjah 2. Seorang budak lelaki tingkatan 2.

Sebelum ini, pemilik hantaran itu berkata kes tersebut telah dilaporkan ke pihak polis Kajang namun tiada tindakan dilakukan kerana kanak-kanak itu bawah umur.

Terbaharu, kes itu telah disahkan dan pihak polis sedang giat menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. Perkara ini telah disahkan oleh @redzuanNewsMPB melalui hantarannya di X.

Allahu.. moga kes dapat selesai dengan baik dan adil..

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.