in

Kajian Terbaharu Dedahkan COVID-19 Boleh Merebak Dalam 3 Cara Ini

Untitled Collage 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita sedia maklum, bahawa COVID-19 menular menerusi percikan droplet atau titisan pernafasan daripada percakapan, batuk dan bersin. Kemudian, ada juga kajian menunjukkan virus itu boleh kekal di udara untuk beberapa ketika di dalam bilik yang didiami oleh pesakit COVID-19.



Namun kajian terkini mendedahkan, virus itu sebenarnya boleh merebak dalam tiga cara lagi yang mungkin tidak pernah kita sedari sebelum ini.

Memetik laporan Forbes, kajian yang dibuat oleh saintis ini mengambil kira tiga faktor berbeza dalam penyelidikan mereka — iaitu kadar kelembapan udara yang rendah, tandas awam dan habuk atau partikel halus bawaan udara.

Persamaan dapatan daripada tiga kajian ini membawa kepada satu kesimpulan penting, bahawa pemakaian pelitup muka sebenarnya adalah sangat penting!

 

Udara Lembap

File 20200817 22 Fyouvh

Dalam satu kajian yang dilakukan di Australia sebelum ini menunjukkan wujud pertalian antara kadar kelembapan udara dan transmisi COVID-19 dalam kalangan komuniti setempat.

Udara yang lembap merupakan faktor utama penularan jangkitan itu. Saintis menganggarkan, bagi setiap 1 peratus penurunan kelembapan udara — kes jangkitan COVID-19 akan meningkat sebanyak 7 – 8 peratus.

Menurut ketua penyelidik bagi kajian tersebut, Dr. Michael Ward — udara kering membuatkan aerosol menjadi lebih kecil dan berada di udara dalam tempoh yang lama berbanding ketika dalam udara lembap.

Justeru ia secara tidak langsung menyokong saranan pakar kesihatan seluruh dunia, yang menggesa orang ramai memakai pelitup muka di tempat-tempat awam.

 

Tandas Awam

Image

Tandas awam juga berpotensi menjadi lokasi penyebaran virus ini. Cara ia tersebar adalah menerusi aerosol yang terlepas ke udara, selepas kita mengepam mangkuk tandas tanpa menurunkan penutupnya terlebih dahulu.

Saintis berkata, berlaku interaksi antara gas dan cecair sewaktu kita mengepam tandas dan secara tidak langsung interaksi itu mengakibatkan sejumlah besar partikel aerosol dari bahan buangan kita itu tersebar ke udara.

Kajian oleh sekumpulan pakar dari Universiti Yangzhou ini kemudian menyimpulkan bahawa pemakaian pelitup muka di tandas awam juga perlu diwajibkan sepanjang musim pandemik ini, selain menitikberatkan langkah-langkah lain seperti mencuci tangan dengan bersih.

 

Debu Udara

Content Image Landscape 4

Dalam kajian yang dibuat pasukan penyelidik dari Univerisiti California ini pula mendapati, virus influenza boleh tersebar menerusi partikel dan fiber halus yang terapung di udara.

Kajian itu dibuat ke atas tikus belanda dengan menggunakan alat kajian khas yang boleh mengukur zarah di udara. Partikel-partikel yang terhasil ketika tikus belanda itu bergerak di dalam sangkar, membuktikan bahawa virus boleh tersebut menerusi udara dan tidak semestinya menerusi saluran pernafasan semata-mata.

Kajian sama turut dibuat dengan menggunakan tisu yang terdapat virus influenza. Kira-kira 900 partikel per saat terhasil ketika ia digumpalkan, membuktikan virus sebenarnya boleh tersebar menerusi zarah-zarah kecil yang terhasil di udara.

Ia dianggap sebagai satu dapatan penting dalam kajian penularan COVID-19, dan kesimpulannya juga sama bahawa pemakaian pelitup muka dapat mengurangkan risiko jangkitan terhadap manusia. 

 

Baca: Dulu Cakap Tak Perlu, Kini WHO Sokong Orang Ramai Pakai Topeng Muka Di Tempat Awam

2 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.