in

Kajian Menunjukkan Wanita Lebih Bahagia Dengan Lelaki Kurang Kacak?

Aaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

 

Pernah tak anda rasa sunyi kerana tiada pasangan kekasih di sisi untuk menemani hari-hari anda yang suram lagi gelap, ataupun anda kurang yakin dengan penampilan diri sendiri sehingga tidak berani untuk memikat hati gadis idaman.

Jangan risau, artikel ini pasti akan ubah persepsi hidup anda terhadap diri sendiri. Baca sampai habis!


Sebuah kajian yang dijalankan oleh Florida State University mendapati bahawa dalam sesebuah perhubungan yang berjaya, kebiasaannya pasangan wanita akan lebih cantik dan menawan daripada pasangan lelaki.

Ugly Man

Dalam bahasa mudahnya, wanita akan lebih gembira dengan lelaki yang kurang kacak dan kurang menarik!

Dalam kajian yang melibatkan 113 pasangan yang baru sahaja berkahwin, hasil menunjukkan jika pasangan lelaki mendapati dia kurang kacak dan tidak menarik, pasangan lelaki tersebut akan berusaha dengan cara yang lain untuk menambat hati wanita.

Sebagai contoh, membersihkan rumah, berpakaian kemas dan pandai dalam mengambil hati pasangan. Berbanding dengan lelaki kacak yang sesetengah daripada mereka hanya menggunakan paras rupa sahaja untuk menambat hati pasangan.

2370044539 B4E58F2Bd9 O

Malah, pasangan wanita juga merasakan mereka tidak perlu untuk bersaing dengan wanita lain untuk kelihatan cantik jika mempunyai pasangan yang kurang menarik.

Betul ke kajian ni? Cuba periksa pasangan di sekeliling anda.

Kredit: Men’sHealth

 

BACA: Kajian Menunjukkan Memanggil Pasangan Dengan Nama Binatang Boleh Eratkan Hubungan Cinta?

Cats 7

Sumber: Daily Mirror
Sumber: CariGold

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.