in

Kajian Dedah 8 Negara Yang Paling Selamat Untuk Didiami Jika Perang Dunia Ketiga Berlaku

Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak perang Rusia-Ukraine berlaku pada 2022, ramai orang mula bimbang dengan perang nuklear yang bakal berlaku serta kesannya terhadap manusia dan planet.

Konflik nuklear mempunyai kesan yang sangat teruk termasuklah kematian yang berlaku akibat letupan serta kesan radiasi yang berpanjangan.


Selain itu, nuklear juga turut meruntuhkan teknologi walaupun di tempat-tempat yang mempunyai peratusan yang tinggi untuk terselamat sekaligus menghadkan bekalan makanan dan keperluan asas.

Menurut satu kajian dari Universiti Rutgers, lebih dari lima bilion orang iaitu 63% dari populasi dunia akan mati kerana kebuluran sekiranya perang nuklear berlaku.

Pun begitu, saintis meramalkan, selepas serangan nuklear, akan ada orang yang terselamat walaupun mereka berada di kawasan yang paling terkesan. Tapi dah semestinya, negara yang mempunyai ketahanan yang tinggi akan mempunyai risiko kemusnahan yang lebih rendah.

Kajian yang dikeluarkan di Risk Analysis ini telah membandingkan 38 negara kepulauan berdasarkan 13 faktor termasuklah pengeluaran makanan, penyimpanan tenaga yang cukup, kesan nuklear terhadap iklim dan beberapa perkara lain.

5. Indonesia, Filipina dan Mauritius

Shutterstock 631736717.Jpg

Terletak di tangga terbawah dalam senarai negara yang paling selamat dan boleh bertahan sekiranya perang nuklear berlaku adalah negara kepulauan Filipina, Mauritius dan Indonesia.

Menurut kajian, negara-negara ini boleh mengeluarkan makanan yang cukup selepas berlakunya perang nuklear. Selain itu, terdapat potensi perdagangan serantau di antara Indonesia dan Filipina dapat diteruskan.

Tapi, sejarah korupsi dan ketidakstabilan sosial di negara-negara ini boleh menggugat ketahanan mereka menurut kajian ini.

4. Pulau Solomon dan Vanuatu

17143571825 95576Acb9C H

Penduduk-penduduk di negara kepulauan kecil seperti Pulau Solomon dan Vanuatu mempunyai harapan tinggi untuk terselamat ekoran persekitaran tropikal mereka yang dapat menghasilkan makanan yang banyak.

Pun begitu, kedua-dua negara ini tidak mempunyai teknologi dan pengetahuan ekonomi yang tinggi dan akan membuatkan mereka sukar untuk bangkit semula. Namun, mereka mempunyai potensi untuk membuat perdagangan dengan negara-negara berhampiran yang terselamat.

3. Iceland

Reykjavik Iceland.jpg

Iceland merupakan satu-satunya negara di Hemisfera Utara yang disebut dalam kajian ini dan juga merupakan salah satu negara paling selamat dari zon perang nuklear. Ini ekoran dari kedudukannya yang terpencil.

Tapi, dengan ekonomi yang kecil, Iceland mungkin akan mengalami kekurangan komoditi yang diimport serta kemerosotan infrastruktur.

Pun begitu, Iceland mempunyai akses ke Utara Amerika dan Eropah jika negara-negara ini tak mengalami kemusnahan yang besar akibat dari peperangan, kebuluran atau kejatuhan sosial.

2. New Zealand

Https Prod.static9.Net .Au Fs Fc3Fe330 229A 4281 Aa05 Ad87Bb69A444

New Zealand memegang tempat kedua sebagai negara paling selamat sekiranya berlaku perang nuklear ekoran jaraknya dari tempat sasaran nuklear serta statusnya sebagai negara bebas nuklear.

Ketahanan negara ini sekiranya berlaku kejatuhan suhu secara tiba-tiba ekoran kegelapan yang berpanjangan juga akan membantu. Tak cukup dengan itu, semua tempat di New Zealand terletak berdekatan dengan lautan sekaligus melindungi negara tersebut dari suhu yang ekstrem.

Selain itu, New Zealand mempunyai ekonomi eksport makanan yang cekap yang boleh menampung ketahanan penduduknya.

Kajian ini turut memberitahu, sekiranya berlaku kekurangan tanaman sebanyak 61% ketika musim sejuk nuklear yang berlanjutan, penduduk New Zealand tetap mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.

1. Australia

15888506718900

Australia menduduki tempat pertama sebagai negara paling selamat. Negara ini mempunyai bekalan makanan yang sangat banyak dan boleh menyuap berpuluh juta orang lain selain penduduknya.

Selain itu, infrastruktur Australia yang baik, lebihan tenaga yang besar, keselamatan kesihatan yang tinggi dan belanjawan pertahanan yang banyak merupakan faktor yang meletakkannya sebagai negara paling selamat.

Tapi kelemahan Australia adalah bersandarkan kepada faktor ikatan ketenteraan yang kuat di antara UK dan US. Hubungan ini akan menyebabkan Australia menjadi sasaran perang nuklear menentang Rusia.

Sumber: Stars Insider

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.