in

Kajian Dapati 21% Rakyat Malaysia Sukar Menyimpan & Bergantung Penuh Pada Gaji

Cover 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu gaji rendah dan tidak setimpal sentiasa menjadi bualan hangat rakyat Malaysia. Lebih merisaukan, pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia membuatkan banyak peluang pekerjaan hilang dan gaji pekerja terpaksa dipotong.


Menurut satu tinjauan yang dilakukan menerusi Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS2021), hasil kajian mendapati rakyat Malaysia pada ketika ini berhadapan dengan situasi sukar untuk menyimpan wang pada setiap bulan.

Antara punca utama kepada senario ini adalah ekonomi negara yang tidak menentu ketika pandemik melanda.

Hasil kajian turut menunjukkan separuh rakyat Malaysia (52% responden) mampu untuk menyimpan wang kurang daripada RM500 sebulan ataupun tidak mampu untuk membuat sebarang simpanan.

Rmfl2021 1

Jumlah peratusan ini meningkat berbanding pada tahun 2020 di mana hanya 49% responden yang mampu untuk menyimpan dengan nilai simpanan yang sama.

21% responden pula menyatakan mereka tidak mampu untuk membuat sebarang simpanan dan bergantung sepenuhnya kepada jumlah gaji yang dimiliki.

Hasil tinjauan turut mendapati rakyat Malaysia sudah mula peka terhadap kepentingan dana kecemasan apabila 63% daripada responden memilih faktor ini sebagai tujuan simpanan.

Manakala responden lain menjadikan melancong (40%), membeli gadget (20%) dan pembelian kereta baharu (16%) sebagai faktor menyimpan.

Rmfl2021 2

Berikut adalah antara hasil kajian lain yang ditemui:

Ramai rakyat Malaysia sedar, simpanan KWSP tidak mencukupi untuk persaraan mereka (15%)
45% masih tidak merancang simpanan persaraan mereka
Rakyat Malaysia semakin kurang menyimpan – kesan COVID-19
Hanya 15% responden menyimpan RM1,500 setiap bulan
50% responden memaklumkan, tidak akan bertahan lebih dari 3 bulan – sekiranya kehilangan pekerjaan
44% membelanjakan seluruh gaji atau lebih dari gaji bulanan mereka

Untuk rekod, kajian ini mendapat 3,033 respon dari seluruh negara dan kaedah sampel berstrata telah digunakan untuk mencapai 1,518 respon sampel yang mewakili populasi negara Malaysia.

Adakah anda mampu untuk menyimpan sekurang-kurangnya RM500 pada setiap bulan?

 

Kredit: Rnggt

BACAKajian: Rakyat Malaysia Kena Kerja 30.3 Hari Untuk Beli iPhone 13 Pro, Singapura Pula 7.6 Hari

Cats 23

Sumber: rnggt
Sumber: rnggt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.