in

Kaitkan Menu Rahmah Boleh Jadi Punca Penyakit, Ini Respon Padu Bos Mydin

Menu Rahmah Punca Penyakit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dilancarkan bermula 31 Januari lalu, program Menu Rahmah yang diperkenalkan kerajaan bagi orang ramai dapat membeli set hidangan lengkap pada harga mampu milik mendapat sambutan yang menggalakkan.


Pun begitu, inisiatif ini turut mendapat kritikan apabila Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali mengaitkan Menu Rahmah dengan risiko penyakit autisme dan kanser.

Menurut beliau, makanan pada harga murah tidak patut disediakan kerana boleh menyebabkan golongan kurang berkemampuan mendapat hidangan yang bermutu rendah.

Kenyataan yang dikeluarkan ketika perbahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen termasuklah para peniaga makanan yang terlibat dengan program ini.

Malah, ada ibu bapa yang mempunyai anak penghidap penyakit autisme turut tampil meluahkan rasa tidak puas hati dengan tuduhan terbabit.

Respon Mydin

Mydin antara premis makanan yang terlibat dengan inisiatif Menu Rahmah telah membidas kenyataan ahli parlimen tersebut.

Memetik sumber Malaysiakini, Bos Mydin, Ameer Ali Mydin menegaskan harga murah yang ditawarkan itu tidak bermakna penjual menyajikan makanan yang berkualiti rendah kepada pengguna.

Beliau menganggap kenyataan tersebut telah menimbulkan kekeliruan orang ramai dan tidak patut membuat andaian sebegitu.

“Dia juga harus ingat bahawa kami berniaga dan kami berada di sini untuk perniagaan jangka panjang. Jika kami mula memberi makanan berkualiti rendah bukan sahaja reputasi Menu Rahmah akan terjejas, tetapi reputasi perniagaan kami sendiri, sama ada Mydin atau apa sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Mydin juga telah memuat naik satu ciapan di Twitter menyatakan menu yang disajikan mempunyai gizi yang seimbang seperti protein, karbohidrat dan sayur-sayuran.

Baca: Mat Salleh Kagum Sepinggan Nasi Lengkap Hanya RM5, Mahu PM UK Contohi Malaysia

Menu Rahmah Mat Salleh Puji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.