in

“Kacau harga pasaran luar” – Indonesia Bakal Haramkan Penjualan Barangan Di Media Sosial

Ft Indonesia Haramkan Tiktok Shop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan Indonesia kini dalam perancangan untuk mengharamkan sebarang aktiviti jualan barangan di media sosial di bawah peraturan perdagangan baharu menurut kenyataan timbalan menteri perdagangan republik berkenaan baru-baru ini.


Menurut laporan Nikkei, timbalan menteri tersebut telah beberapa kali menyatakan bahawa penjual e-dagang atas talian ini telah ‘membuang’ harga di platform media sosial dan hal ini menggugat pasaran ekonomi.

Tambahnya lagi, peraturan perdangangan semasa di Indonesia tidak meliputi secara langsung tentang transaksi yang berlaku di media sosial.

Lipu12 1694526865

Memberi contoh sesi penjualan secara langsung menerusi platform TikTok yang menyediakan fungsi tersebut, Jerry Sambuaga berpendapat yang media sosial dan perdagangan sosial tidak boleh digabungkan.

Dalam masa yang sama, timbalan menteri tersebut mengatakan semakan yang akan dibuat ke atas peraturan perdagangan negara tersebut sedang dijalankan dan akan melarangnya secara tegas.

Artikel berkaitan : “Laku keras”- 18,000 Tiara Candy Anak Terjual, Achey Sampai Nak Cari Pekerja Sambilan

Menjawab persoalan Sambuaga tersebut, pihak TikTok berkata pengasingan media sosial dan e-dagang kepada dua platform yang berbeza akan menghalang inovasi selain mereka mengharapkan pihak kerajaan akan menyediakan medan yang sama rata untuk syarikat berkenaan.

Tiktok Live Shopping 633B69E61D048 Sej 760X400 1

Tambah mereka lagi, larangan yang ingin dikuatkuasakan ini akan merugikan peniaga dan pengguna Indonesia kerana ketika ini, negara berkenaan mempunyai sekitar 2 juta penjual aktif di platform terbabit.

Pun begitu, pihak Meta yang turut mempunyai fungsi dangangan dalam platform milik mereka tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai halangan yang bakal dikenakan tersebut.

Dimiliki oleh syarikat teknologi ByteDance, TikTok menganggarkan sekitar 325 juta pengguna aktif platform berkenaan adalah dari rantau Asia Tenggara dan daripada jumlah tersebut, 124 juta pengguna berasal dari Indonesia.

Sumber : Nikkei

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.