Lebih 200 pelatih lelaki Program Latihan Khidmat Negara 3.0 Siri 1/2026 terpaksa pulang dengan hampa apabila niat mereka untuk menyertai PLKN bagi siri tersebut terpaksa ditangguh.
Ini kerana menurut Harian Metro, seramai 254 pelatih PLKN itu telah disarankan untuk pulang selepas jumlah pendaftaran pelatih di Kem Rejimen 505 Wataniah, Pekan di Pahang semalam telah melebihi kapasiti.
Pendaftaran maksimum kem di Pekan itu hanyalah 556 orang namun pelatih lelaki yang datang mendaftar pula adalah seramai 838 orang.

Artikel Berkaitan: PLKN 3.0: Tiada Lagi Uniform Biru, Pelatih Akan Guna Celoreng Tentera Seperti Amalan Negara Lain
Artikel Berkaitan: Wajib Hadir Jika Dipanggil Jalani PLKN 3.0, Individu Perlu Ada Alasan Munasabah Jika Tidak Dapat Hadir
Difahamkan, hanya 28 orang daripada 282 pelatih lelaki yang hadir secara walk-in yang dapat diterima masuk, itu pun selepas ruang penginapan dan keperluan asas telah diubah suai untuk menampung lebihan pelatih lelaki itu.
Ini menjadikan seramai 254 pelatih lelaki terpaksa pulang terlebih dahulu dan mereka akan menjalani PLKN untuk siri latihan yang seterusnya.
Nampaknya memang ramai remaja sekarang yang bersemangat nak sertai PLKN!
Sumber: Harian Metro
