Hanya tinggal 3 hari saja lagi sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Saat-saat macam ni lah ramai antara kita ambil kesempatan untuk shopping baju, kasut dan tudung raya. Shopping last minute ni selalu dapat harga murah-murah tau!
Dalam seronok membeli belah, ada antara kita yang tak bernasib baik bila tak pasal-pasal hampir kena pukul dengan tauke penjual tudung. Alamak apa cerita ni? Menerusi perkongsian pengguna Facebook bernama Hafiz, dia telah dapat layanan buruk dari seorang peniaga di Kota Bharu gara-gara hanya nak tukar tudung yang dibeli isterinya.
Ini apa yang dikongsikan Hafiz:
Salah dengar ‘lapar’ dan ‘tampar’ jadi punca
Ambil besi penyangkut baju dan acu kepada mangsa dan isteri
Perangai macam samseng, ajak bergaduh dengan lelaki
Buat laporan polis
Ini salinan laporan polis yang dibuat mangsa.
Selain daripada berkongsi laporan polis yang dibuatnya, mangsa jugak ada kongsikan video dia bertekak dengan penjual tudung tersebut.
Geram dengan apa yang berlaku, Hafiz dan isterinya jugak melaporkan hal ini kepada pihak KPDNKK kerana penjual gagal tunjukkan harga, tak berikan resit pembelian dan polisi kedai yang tak benarkan tudung ditukar. Ish, ish, ish…
Perkongsian ni mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersetuju dengan tindakan mangsa dan pelanggan ada hak untuk minta refund atau tukar barang yang mereka rasa tak puas hati. Malah sebagai peniaga, mereka kenalah banyak bersabar dalam melayan kerenah pembeli. Macam ni barulah bisnes maju!
Dalam bulan Ramadan yang mulia ni, eloklah kita jaga perlakuan dan tutur kata daripada buat pahala puasa kita berkurang dan sia-sia je kan? Kalau sikit sebanyak tu bertolak ansur jelah dengan pelanggan. Tak rugi pun, lagi banyak rezeki datang adalah!