in

JPN Benarkan Nama Bapa Ditukar Pada Kad Pengenalan & Surat Beranak

Jpn Tukar Nama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dua ni, beberapa kes kejadian bayi tertukar tular di media sosial dan baru-baru ini, Lobak Merah juga turut kongsikan kisah pasangan kembar yang tertukar di hospital 20 tahun lalu.


Adryani Iwani Ibeni Yanin 20 Kiri Bersama Adryana Iwani 20 Tengah Dan Noratirah Husin Bernama 672X420 1

Mengulas tentang kejadian tersebut, pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah meminta supaya mana-mana pihak yang ingin melakukan pembetulan atau perubahan nama, tarikh atau tempat kelahiran untuk membuat pemohonan serta mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti terdapat kesilapan dalam dokumen yang didaftarkan sebelum ini.

Bagaimanapun, pihak JPN mengingatkan bahawa sebarang pertukaran maklumat pada dokumen pengenalan diri ini dikhuatiri akan memberikan kesan kepada pemohon. lebih-lebih lagi urusan berkenaan perbankan, kesihatan dan juga pendidikan.

JPN hanya mengendalikan isu yang di bawah bidang kuasa JPN sahaja seperti sijil lahir dan kad pengenalan.

Namun, pihak JPN bersedia untuk memberikan kerjasama sekiranya pihak yang terbabit memerlukan pengesahan berkenaan dokumen maklumat pengenalan diri subjek.

Unnamed 1 1

Kenyataan JPN ini dikeluarkan selepas tularnya kes tentang tiga bayi perempuan termasuk sepasang kembar yang dilahirkan 20 tahun lepas tertukar dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.

51441639917 Mohamedshukrimohamed

Supaya tidak timbul isu berbangkit kemudian hari, lebih-lebih lagi berkaitan pembahagian pusaka, Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad berkata, kesilapan tertukar bayi dengan keluarga lain sehingga seseorang individu dibin atau dibintikan kepada bapa angkat, dari segi hukum agama adalah wajib ditukar kepada bin atau binti bapa kandung.

Tambah JPN, jabatan berkenaan sebenarnya sudah menerima banyak permohonan untuk pembetulan atau perubahan maklumat pada dokumen pengenalan diri termasuklah penukaran bin dan binti.

Sumber : FMT

Baca :Terkejut Jumpa ‘Pelanduk Dua Serupa’, Ini Rupanya Kisah Penuh Kembar Tertukar Di Hospital 20 Tahun Lepas!

Adryani Iwani Ibeni Yanin 20 Kiri Bersama Adryana Iwani 20 Tengah Dan Noratirah Husin Bernama 672X420 2

 

Sumber: Awani
Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.