in

Johore Safari World: Taman Safari Pertama di Malaysia Hanya Beroperasi 2 Tahun, Ditutup Pada 1984 Sebab Muflis

Johore Safari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Best kan sebenarnya kalau kita dapat pengalaman pergi taman safari macam dekat Australia, Kenya dan kebanyakan negara-negara di Afrika? Daripada tengok haiwan terkurung, rasa happy bila dapat tengok dorang bebas ikut habitat masing-masing. Admin teringin nak rasa pengalaman tu…


Safari10
gambar hiasan

Korang tahu tak, dekat Malaysia dulu pernah ada taman safari dibuka dekat Johor? Lagi menarik, ianya adalah taman safari pertama dan terbesar di Malaysia!

 

Johore Safari World

Safari9
sumber: blog

Dibina di atas keluasan 32 hektar tanah milik kerajaan negeri Johor dan diusahakan oleh syarikat Chipperfield’s Circus. Johore Safari World dibuka pada tahun 1982 dan terletak 10 kilometer dari Simpang Renggam.

Safari3
sumber: blog

 

Roller coaster pertama!

Selain dapat lihat haiwan yang dibiarkan bebas di taman safari dan dibawa mengelilingi kawasan menaiki kenderaan khas, Johore Safari World juga mempunyai roller coaster. In fact, itu adalah roller coaster pertama di Malaysia!

Safari6

Safari2
sumber: blog

 

Hanya beroperasi sekejap…

Safari7
sumber: blog

Meskipun mempunyai pengalaman menguruskan taman safari, syarikat Chipperfield’s Circus gagal menguruskan Johore Safari World kerana kos operasi yang tinggi. Bukan sekadar kos menguruskan taman tema tetapi juga kos perbelanjaan makanan dan perubatan haiwan-haiwan di sana juga menelan belanja yang sangat besar.

Safari8
sumber: blog

 

Ditutup, apa nasib haiwan?

Pada tahun 1984, Johore Safari World berhenti beroperasi namun haiwan-haiwan di situ tidak dibiarkan sebaliknya dipelihara.

Difahamkan, kesemua haiwan itu telah dijual kepada beberapa zoo yang ada di Malaysia. Pintu gerbang Johore Safari World dibiarkan lama berdiri sehinggalah dikatakan dirobohkan pada tahun 1990an.

Safari4
sumber: facebook

Bestnya, malangnya tak bertahan lama. Tapi takpelah, daripada haiwan tu semua terbiar tak terjaga, lebih baik dorang buat macam tu…

Baca: “Oh sebab tu ke” – Netizen Kongsi Punca Sebenar Taman Tema Mimaland Ditutup

2Mima

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.