in

John Dillinger: Perompak Bank Paling Popular Yang Digelar ‘Musuh Awam No.1’ & Ini Pengakhiran Hidupnya…

Collage 11

Sekitar tahun 1933, seorang perompak bank bernama John Dillinger telah menjadi orang yang paling dikehendaki di Chicago selepas dia dan gengnya mengganggu ketenteraman awam dengan merompak banyak bank selama setahun.

Dalam masa lebih kurang 10 bulan, Dillinger dan kumpulannya telah membunuh 10 orang awam, mencederakan tujuh orang, melepaskan tiga banduan dari penjara dan membuat keuntungan sebanyak US$500,000 (kira-kira US$7 juta mengikut mata wang sekarang).

Kehidupan awal John Dillinger dan jenayah kecilnya

John Dillinger As A Young Boy

John Herbert Dillinger dilahirkan pada 22 Jun 1903 di Indianapolis, Indiana, Amerika Syarikat. Dia telah dibesarkan di kawasan kejiranan Oak Hill di mana bapanya telah bekerja sebagai seorang peruncit.

Dikatakan, bapa Dillinger merupakan seorang yang sangat garang dan tegas terhadap anak lelakinya ini, dia sering dipukul dan dikurung di dalam rumah. Kadang-kadang barulah dia dapat gula-gula dari bapanya dan diizinkan untuk bermain di luar rumah.

Ibu Dillinger pula meninggal dunia ketika dia berusia tiga tahun dan lelaki ini tak rapat dengan ibu tirinya. Jadi dia banyak menghabiskan masa di luar rumah dan mengetuai satu geng yang terdiri daripada rakan-rakan sebayanya dan mencuri arang dari landasan kereta api.

Dillinger kemudiannya telah berhenti dari sekolah dan mula bekerja di sebuah kedai mesin di Indianapolis. Bimbang anaknya menjadi remaja bermasalah di bandar, bapa Dillinger membuat keputusan untuk berpindah ke kawasan pedalaman di sebuah ladang berdekatan Mooresville, Indiana.

Namun begitu, usaha bapanya ini tidak membuahkan hasil, perangai Dillinger semakin menjadi-jadi apabila dia akan menggunakan motosikal untuk pergi bekerja di bandar dan menghabiskan masa dengan minum arak, bergaduh dan melawat pelacur.

Selepas terkantoi kerana terlibat dengan pencurian kenderaan, Dillinger membuat keputusan untuk menjadi tentera laut. Namun begitu, perangainya yang suka untuk melanggar peraturan masih berterusan. Selepas lima bulan, Dillinger berhenti dan berkahwin dengan seorang gadis berusia 16 tahun bernama Beryl Ethel Hovius.

90

Kehidupan sederhana dan kesusahan untuk mencari kerja telah menyebabkan Dillinger membuat keputusan untuk menghubungi rakannya yang juga seorang bekas banduan Ed Singleton, duo ini kemudiannya merancang untuk merompak kedai runcit tempatan bersama. Ketika rompakan tersebut, Dillinger telah memukul pemilik kedai runcit tersebut dan kedua-dua mereka telah ditahan polis.

Singleton telah mengaku tak bersalah dan Dillinger atas nasihat bapanya telah mengaku membuat kesalahan tersebut. Ekoran dari ini, Singleton telah dijatuhkan hukuman penjara dua tahun manakala Dillinger terpaksa menanggung hukuman rakannya dan dirinya membuatkan dia mendapat dua hukuman iaitu penjara selama 14 tahun dan 10 tahun. Bapanya cuba untuk membuat rayuan namun tidak berjaya.

John Dillinger telah menjalani hukuman penjara pada 1924 dan lapan setengah tahun kemudian dia telah muncul sebagai seorang penjenayah dengan rakan-rakan banduan yang ramai.

Jenayah terkenal oleh ‘Musuh Awam No.1’

John Dillinger Death

Pada 10 Mei 1933, John Dillinger telah dibebaskan dari penjara dan sebulan selepas itu dia mula membuat rompakan bank pertamanya di Bank Negara New Carlisle di Ohio dan mencuri sebanyak US$10,000 dari peti besi bank.

Dillinger dan beberapa rakan komplotnya kemudian meneruskan rompakan mereka kepada empat bank lain, dua kedai runcit dan satu farmasi serta mengaut keuntungan sebanyak US$40,000 dalam masa empat bulan.

Walaupun Dillinger telah ditahan di Dayton Ohio pada September 1933, beberapa ahli kumpulannya berjaya melarikan dia dari penjara pada Oktober. Menyamar sebagai pegawai polis, mereka mendakwa mendapat arahan untuk memindahkan Dillinger ke Indiana. Tak berjaya menipu, salah seorang dari mereka telah menembak pegawai polis yang berurusan dengan mereka serta memukulnya sehingga tak sedarkan diri.

Beberapa bulan selepas itu, ‘Geng Dillinger’ telah merompak lebih dari 12 bank serta merompak senjata polis di Auburn dan Peru. Mereka telah lengkapkan diri dengan mesingan, senapang, pistol dan simpanan stok peluru dan jaket kalis peluru. Senjata-senjata ini untuk membuat kekacauan.

Selain rompakan, Dillinger dan rakan konconya tak pernah membuat apa-apa jenayah persekutuan namun pada 3 Mac 1934, Dillinger telah mencuri satu kereta polis ketika melarikan diri dari penjara di Crown Point, Indiana untuk pergi ke Chicago.

Tindakannya ini telah menyebabkan penyiasat FBI teruja kerana lelaki ini telah melanggar Akta Kecurian Kenderaan Bermotor Kebangsaan dengan memandu merentasi laluan negeri.

Ini kerana, sekarang kerajaan persekutuan mempunyai sebab untuk memburu “Musuh Awam No.1” dan mula membuat rancangan yang kemudiannya membawa kepada kematian John Dillinger.

Pengakhiran hidup John Dillinger

34569584

Selepas terlepas untuk menangkap Dillinger di Wisconsin, pihak FBI telah menerima tip dari seorang pemilik rumah pelacuran, Anna Sage yang menghubungi mereka pada 21 Julai 1934 dan mendakwa mempunyai maklumat tentang orang buruan mereka.

Menurut Anna, dia merancang untuk pergi menonton filem bersama Dillinger pada keesokan harinya bersama seorang lagi wanita Polly Hamilton.

Anna berharap maklumat ini dapat mengelakkan dirinya dari dihantar pulang ke negara asal. Anna berjanji untuk memberitahu ejen FBI, panggung wayang mana yang akan dilawatinya dan memberitahu bahawa dia akan memakai dress berwarna jingga.

Keesoakan harinya, 22 Julai 1934, Anna masih tak tahu panggung wayang mana yang akan dikunjunginya, jadi ejen FBI telah bersedia menunggu di Biograph Theater dan Marbro Theater yang terletak di Chicago.

Pada jam 8.30 malam, ejen-ejen ini melihat Dillinger, Polly dan Anna memasuki Biograph untuk menonton filem Manhattan Melodrama. Mereka membuat keputusan untuk menunggu di luar bagi mengelakkan kejadian tembakan di dalam panggung wayang.

Dua jam kemudian, Dillinger dan dua wanita ini muncul. Seramai 16 ejen FBI dan pegawai polis telah menunggu dan ejen Melvin Purvis telah menyalakan rokoknya sebagai signal. Sejurus sahaja dua wanita ini berjalan menjauhi Dillinger, lelaki ini mula mengesan sesuatu yang tidak kena dan keluarkan pistol automatik .380 yang diletakkan di dalam poket.

Tiga ejen yang telah bersedia kemudiannya melepaskan tembakan mengenai Dillinger. Dua peluru mereka tersasar namun tiga mengenai lelaki itu. Dillinger mati di tempat kejadian.

Penerimaan orang mengenai kematian John Dillinger

Eyuwesr6Ijbobkf6Ocg6Pfqvku

Ketika John Dillinger disahkan mati, dia telah menjadi topik utama di Amerika Syarikat. Ada yang lihat dia sebagai seorang penjenayah yang sepatutnya mati dan ada juga yang menganggapnya sebagai hero rakyat era-kemurungan.

Kenapa polis mahukan John Dillinger? Apa yang dia buat sama je macam pegawai bank dan ahli politik yang ambil wang orang miskin. Dillinger tak merompak orang miskin, dia rompak orang yang jadi kaya kerana merompak orang miskin. Saya sokong Johnnie…”

Ketika dia ditembak mati, orang ramai telah menghurung mayatnya dan ada yang ambil darahnya menggunakan kain sapu tangan mereka. Pengebumiannya pula telah dihadiri seramai 5,000 orang walaupun pihak berkuasa telah cuba untuk merahsiakan tarikh pengebumiannya

Crowd Outside The Biograph

Namun begitu, John Dillinger tahu pengakhiran yang menantinya.

Saya berjalan di satu jalan sehala dan saya tak bodoh. Saya tahu pengakhiran saya. Kalau saya serah diri ini bermakna saya akan mati di kerusi elektrik, tapi kalau saya teruskan perjalanan, saya hanya menunggu masa untuk mati.”

Sumber: ati

 

Baca: Suka Tengok Money Heist? Ini 10 Rompakan Paling Berjaya Dalam Sejarah!

Screenshot 2023 06 08 At 5.43.50 Pm