in

Jiran Tak Tahan Dengan Perangai Warga Emas ‘Selamba’ Pasang Lagu Kuat-kuat Tak Kira Masa Hampir 5 Bulan

Ft Cina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasalah adat berjiran, kena sentiasa ada toleransi kalau nak pastikan semua hidup dengan aman dan harmoni.


Tapi kadang-kadang mesti ada juga jiran yang tidak tahu batas privasi orang lain.

Seperti wanita ini yang dikenali sebagai Rosalinda, hidupnya sekeluarga dikatakan mula sengsara sejak pertengahan Jun lalu apabila jiran mereka ‘menyajikan’ kawasan perumahan itu dengan dengan muzik kuat tanpa henti.

Capture 9 7

Jiran itu yang juga seorang warga emas akan duduk di kawasan kosong di bawah apartmen setiap hari dan memasang lagu-lagunya.

Kejadian yang berlaku di Tampine, Singapura itu dikatakan bermula pada fasa kedua perintah kawalan, di mana kebanyakkan ahli keluarganya mula bekerja dari rumah.

Dia sangat mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan mengenai jiran yang tinggal berhampiran. Kelakuannya itu menyebabkan keluarga saya berada dalam keadaan tertekan kerana kami kini sedang bekerja dari rumah. 

Tidak cukup dengan itu, warga emas itu juga dipercayai memasang muzik tanpa mengira waktu pada volume yang maksimum hinggakan pintu dan tingkap pun tidak mampu menghalang bunyi itu.

Warga emas itu akan memasang muziknya pada tahap yang maksimum, bermula dari pukul 8 pagi, waktu tengah hari, waktu makan malam, hinggakan selepas waktu makan. Dan disepanjang waktu itu, semua lagu-lagunya akan dipasang dengan kuat.

Menurut Rosalinda, dia tidak ada masalah sekiranya muzik hendak dipasang tapi biarlah berpada-pada.

Lapor kepada polis

Tidak tahan dengan tindakan warga emas itu, Rosalinda akhirnya membuat laporan polis serta melaporkan perkara itu kepada Majlis Bandaraya Tampines lapor asiaone.

Bercakap mengenai perkara itu, menurut Rosalinda kejadian itu adalah pertama kali berlaku di kejiranan itu.

Sudah 20 tahun kami menetap disini dan kami sentiasa hidup dengan keadaan harmoni bersama jiran-jiran di sekitar kawasan ini. Bunyi-bunyian seperti perbualan kecil, anjing, kanak-kanak serta kedai-kedai bukanlah satu masalah bagi kami.

Tapi apabila ‘disajikan’ dengan muzik kuat ini, kami rasa macam tinggal di kawasan yang mempunyai roadshow.

Pihak polis turut mengesahkan mengenai laporan yang telah dibuat.

Macam ni pun ada ke, tak salah nak enjoy lagu, tapi janganlah sampai menyeksa orang lain…

Baca : Penduduk Berang Jiran Jemur Pork Belly Di Tempat Jemuran Pakaian

Capture 9 6

Sumber: AsiaOne

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.