in

“Jilat jari sikit, geleng kepala” – Pemuda ‘Troll’ Food Reviewer Sekarang Buat Ramai Terhibur

Ft Lelaki Sindir Food Reviewer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain membuat review produk, kita lihat makin ramai sekarang pempengaruh yang membuat food review, sampai tak terkira dan tak boleh nak catch up semua.

Namun begitu, bila lahirnya pempengaruh sebegini, pastinya akan ada yang tidak mempunyai kualiti dan dilihat seperti hanya memberikan reaksi semata tanpa menilai ciri-ciri content yang membuatkan mereka ini hilang mutu kualiti dan nampak seperti tangkap muat.


 

“Jilat jari sikit, geleng kepala, sedap, sedap, padu padu.”

Untuk lebih faham lagi, ada seorang pemuda membuat satu video sarkastik tetang food review ini. Dalam video tersebut, pemuda itu menunjukkan dirinya sedang menikmati beberapa menu makanan dan menunjukkan cara bagaimana food reviewer ini ulas mengenai makanan tersebut.

“Macam biasalah SOP kita kena cakap, weh, padu, sedap, korang kena try, lepastu jilat jari sikit tunjukkan benda tu sedap, lepas tu kita geleng-geleng kepala.”

“Biarlah sampai ke sudah orang tak tahu makanan tu rasa dia macam mana, yang penting kita rasa sedap.”

Ayat yang diberikan sambil memaparkan cara dan reaksi dirinya memakan dalam video tersebut dengan bersemangat.

Dia juga memberikan kenyataan sinis agar tidak perlu menjelaskan perincian seperti ramuan, rasa, tekstur makanan tersebut, hanya sekadar menegaskan yang kononnya makanan itu sedap 

Di ruangan komen video yang telah meraih lebih daripada 1,200 jumlah retweets ini, ramai netizen terhibur dan bersetuju dengan cara pemuda ini mengajuk golongan food reviewer yang melakukan cara sedemikian rupa.

Malah, ada juga yang menyifatkan bahawa kebanyakan individu yang dakwa dirinya food reviewer ini lebih ke arah mempromosikan tempat makan berbanding kualiti makanan.

Screenshot 2023 05 15 105256 Screenshot 2023 05 15 105331 Screenshot 2023 05 15 105438

Screenshot 2023 05 15 105503 Screenshot 2023 05 15 105544

Ada netizen dakwa yang bila dia cuba kedai makan tersebut, mereka jadi kecewa kerana makanan mereka tak sedap. Korang pernah ke ada pengalaman macam ni?

Lagi satu, mungkin pemuda ini tujukan untuk segelintir sahaja, ada je food reviewer yang bagus-bagus kan?

Baca : [VIDEO] Dulu PM Kini TikToker? Netizen Teruja Tengok DS Ismail Sabri Buat ‘Food Review’ Ikan Singgang

Ft Ismail Sabri Review

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.