Salah seorang aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Musa Nuwayri menegaskan pihak mereka tidak akan menyentuh sebarang makanan dan minuman yang diberikan tentera Israel sepanjang mereka ditahan oleh pihak tersebut.
Perkara itu dikongsikan menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram beliau yang turut memaklumkan penahanan mereka itu juga sudah dijangka berlaku.
“Jika kalian tonton video ini, maknanya saya sudah ditahan secara tidak sah oleh tentera penjajah.
“Saya suka ingatkan kalian di Malaysia dan di mana juga yang berada, Insya-Allah kami dah bersedia segala kemungkinan ini,” ujarnya.
Artikel berkaitan: Kronologi Perjalanan Global Sumud Flotilla 2025 Ke Gaza, Sebahagian Kapal Kini Ditahan Israel
Artikel berkaitan: “Masih tiada bot yang kelihatan…” – Menanti Dari Pagi, Rakyat Pale*tin Kongsi Perkembangan Di Pantai G*za
Beliau yang juga Pengasas Cinta Salam Malaysia memohon doa orang ramai agar mereka sentiasa diberikan kekenyangan kerana tidak akan sesekali untuk menyentuh makanan dan minuman jika diberikan oleh pihak Israel.
Difahamkan, video itu dirakam sebelum penahannya oleh tentera Zionis Israel dan dimuat naik oleh pentadbir akaunnya.
Teruskan bercakap tentang Palestin dan Gaza
Dalam pada itu, dia juga meminta orang ramai untuk terus bercakap berkenaan kesengsaraan rakyat Gaza dan Palestin atas kekejaman dilakukan oleh Israel.
“Teruskan bercakap tentang Palestin dan Gaza. Jangan dengan sebab kami ditahan, cerita Gaza dan Palestin didiamkan atau terus tidak ada orang langsung bercakap tentang mereka.
“Mereka adalah orang yang diserang, mereka memerlukan sokongan kita,” katanya.
View this post on Instagram
Terdahulu, media melaporkan seramai 23 sukarelawan Malaysia telah ditahan selepas lebih 20 jam insiden pintasan berlaku.
Wisma Putra mengesahkan kesemua sukarelawan itu kini dalam keadaan selamat dan kerajaan sedang mengambil langkah sewajarnya bagi menjamin keselamatan serta pembebasan segera kesemua peserta tersebut.
Sumber: Instagram