in

“Jgn trust sgt time bercinta bhagia!” – Lelaki Bengang Muka Kakak Berdarah Ditumbuk Suami Dayus

Collage 29

Walau apa pun punca pergaduhan di dalam atau di luar rumah tangga, keganasan bukan jawapannya. Lagi tak boleh terima kalau orang pilih untuk berkasar dengan orang yang tak mampu nak melawan balik.

Lagi satu, ibu bapa tak boleh bergaduh depan anak. Walaupun hanya pergaduhan yang tak melibatkan fizikal, ia tetap boleh beri kesan pada mental anak-anak.

“Jgn trust sgt time bercinta bhagia”

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah mendedahkan perbuatan abang ipar yang tergamak menumbuk muka kakaknya hingga berdarah.

Menurut lelaki ini, pasangan ini dah pun dikurniakan empat orang anak dan perbuatan tak bermoral abang iparnya itu telah dilakukan depan anak-anak mereka. Kesian betul dengan budak-budak tu, mesti trauma tengok bapak pukul mak dia macam tu.

Individu ini juga nasihatkan orang ramai supaya jangan mudah percaya dengan pasangan walaupun masa bercinta semuanya indah belaka. Sebab, lelaki yang dah kahwin anak empat pun boleh buat macam ni kan.

Screenshot 2019 04 18 At 11.37.54 AmD4Vbah Xsaark8O D4Vbah2XkaexoftScreenshot 2019 04 18 At 11.38.20 Am

Tapi korang jangan risau, kerana menurut individu ini, mereka dah pun membuat laporan polis. Nasib baik kakak dia ni berani nak bagitahu orang luar. Yelah, kalau dibiarkan nanti melarat pulak.

Apa-apa pun, admin doakan wanita ini cepat sembuh dan dapat keadilan sewajarnya.

 

Baca: Tok Imam Pukul Isteri Sebab Pajak Pokok Rambutan Kepada Orang Kampung.

Screenshot 2019 04 18 At 11.54.59 Am