in

“Jgn buat gini bos, tak berkat gaji” – Viral Video Lelaki Main Game Waktu Mengajar Kelas PdPR?

Guru Lelaki Mengajap Pdpr Sambil Main Dota

Viral di TikTok baru-baru ini rakaman video menunjukkan seorang lelaki sedang menjalankan dan mengajar kelas pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Namun, perkara lain yang mendapat perhatian netizen adalah guru tersebut dikatakan mengajar pelajar sambil bermain permainan video Dota sekaligus menerima kecaman ramai.

Menerusi video yang dikongsi, lelaki tersebut dilihat duduk di di depan sebuah laptop sambil menerangkan apa yang diajarnya kepada pelajar. Namun, di belakang laptop tersebut terdapat sebuah ‘PC’ besar yang sedang memaparkan permainan video Dota berkenaan.

 

Selepas menonton video berdurasi 15 saat itu, rata-rata netizen menegur dan mengkritik tindakan lelaki berkenaan kerana berbuat sebegitu. Ada yang turut mempersoalkan tahap profesionalisme guru terbabit selain ada segelintir yang menyentuh tentang keberkatan dalam gaji yang diterimanya.

Saya nasihatkan jangan buat gini bos. Kurang keberkatan dalam gaji yang dapat.”

Komen Tiktok

Komen Tiktok2

Segelintir netizen menyifatkan guru itu pandai ‘multitasking’ kerana boleh tetap fokus mengajar meskipun sedang bermain game. Namun, ada yang berkata guru itu sebenarnya bukan sedang main game sebaliknya replay permainan saja. Menurut mereka, hanya mereka yang bermain Dota saja faham dan  tahu perkara itu.

Hanya peminat sebenar Dota tahu yang dia tak bermain (game).”

Komen Tiktok1

Ada yang berpendapat video ini dibuat untuk gurauan dan sekadar untuk ‘content’. Video tersebut terlalu pendek untuk nilai sama ada lelaki itu betul betul tengah main game dan menurut peminat Dota yang lain, dia tidak bermain game. Apa pendapat korang?

Baca: “Semoga sehat selalu, bapak” – Pelajar Pelik Pensyarah Tak Pernah Buka Kamera Masa Kelas ‘Online’, Rupanya…

Edi Pensyarah

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok