in

“Jenis ni limited” – Netizen Terhibur Tengok Adik Ni Menangis Sebab Tak Nak Balik Dari Sekolah

Ft Anak Menangis Tak Nak Balik Dari Sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita semua dah tahu bahawa awal minggu ini merupakan waktu sesi persekolahan untuk ‘tahun baru’ sudah bermula, malah mereka akhirnya dapat merasakan aktiviti sekolah secara fizikal setelah sekian lama terperap di rumah akibat PKP.


Masa ini lah macam-macam ragam yang kita dapat lihat, biasanya dekat kanak-kanak yang baru masuk sekolah (tadika ataupun darjah 1). Selalunya, akan ada yang menangis sebab nak balik rumah. Tapi, kes yang viral dekat TikTok ni lain sikit.

 

Zaman sekolah dah berubah

Dalam video yang berdurasi 1 minit ini, dilihat seorang ayah mengambil anaknya yang baru pulang dari sekolah, anaknya menangis sampai tak nak masuk kereta kerana enggan ikut ayahnya pulang ke rumah. Siap merajuk cakap ‘taknak kawan’ lagi dekat ayahnya sambil peluk tubuh.

@kiwaktollah

Zaman skola dah berubah

♬ bunyi asal – Penamenari – Penamenari

Dalam masa 2 hari, video tersebut telah meraih lebih daripada 700K jumlah tontonan dan ia membuatkan ramai netizen terhibur apabila melihatnya. Bagi mereka ini cara ini telah melawan ‘hukum’ sekolah, terbalik dengan situasi kanak-kanak lain yang kalau boleh tak nak ke sekolah langsung.

Jenis ni limited  – Netizen

Limited Limited2

Dalam masa yang sama ada juga memberikan tips kepada ibu bapa itu agar ambil anak sedikit lewat supaya dia baru rasa nak pulang.

Mungkin dia dah jemu duduk rumah kot, atau mungkin masa nak balik tu dia masuk tengah have fun dengan kawan baru atau tempat main kat situ, tak puas lagi, tak pe dik eh esok lusa masih ada, tak lari sekolah tu.

Baca : “Memang femes pakcik ni” – #Throwback ‘Uncle Origami’ Buat Persembahan Di Sekolah Bikin Ramai Rindu

Fi Uncle Origami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.