Baru-baru ini, tular di media sosial apabila personaliti TikTok Haqiem Stopa telah menunjukkan video dia hadir ke sebuah sekolah bagi menyampaikan ceramah ‘Buli Itu Jenayah’.
Haqiem yang terkenal dengan dunia permotoran serta turut menggelarkan dirinya sebagai ‘Mat Rempit’ ini telah menimbulkan kegusaran ramai pihak yang merasakan dia bukanlah orang yang sesuai untuk dijadikan ikon pelajar sekolah.
https://www.instagram.com/p/CeI9Dl7vdIm/?hl=en
Ekoran ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dikatakan akan menyiasat tindakan sekolah di Kuala Lumpur itu.
Memetik laporan dari FMT, Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin mengatakan, buat masa sekarang beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara ini kerana perlu meneliti konteks kenapa Haqiem dipanggil sebagai penceramah.
Saya dapat maklumat berkaitan ini semalam. Jadi masih melihat apakah konteks jemputan tersebut.
“Saya belum menerima maklumat mendalam berkaitan perkara ini. Bagi saya lihat dulu, dan pihak KPM akan siasat.”
“Kita tak cakap pasal rempit”
Untuk pengetahuan korang, selepas dipersoal kenapa Haqiem dipanggil untuk memberikan ceramah, lelaki ini telah membuat live menjelaskan intipati yang diberikan semasa program tersebut.
Menurut Haqiem, dia tidak sentuh langsung tentang dunia permotoran mahu pun rempit kerana sekiranya dia bercakap pasal perkara tersebut, dah tentu pihak sekolah akan hentikan program tersebut dan memintanya untuk pulang.
Jelasnya, dia telah memberitahu pelajar-pelajar di sana tentang kesusahan yang dia alami kerana mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan menasihati pelajar untuk tidak jadi sepertinya dan teruskan sekolah untuk banggakan ibu bapa.
Saya tak galakkan awak berhenti sekolah, saya tak galakkan ikut jalan saya. Jalan yang saya ada ini, jalan yang saya lalui adalah jalan yang sukar untuk orang lain.
“Kalau andai kata kita boleh tukar, awak merasa sekejap kisah hidup saya, abang pasti kau tak akan terima jalan cerita ini dik, satu KL kecam kau dik.”
Baca: “Kenapa jemput mat rempit?” – Netizen Kurang Setuju Haqiem Stopa Dijemput Bagi ‘Talk’ Dekat Sekolah