in

Jemaah Sanggup Solat Terawih Dalam Gelap & Sorok Selipar Antara Punca Tercetus Kluster Pauh Lima

Ft Klusterpauh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kedegilan segelintir penduduk yang tidak mengendahkan arahan ditetapkan pihak berkuasa menyebabkan tercetusnya kluster di Kampung Pauh Lima, Bachok. Seperti yang kita ketahui, arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa perlu dipatuhi bagi membantu mengekang penularan Covid-19.


Namun menurut Harian Metro, penduduk di kampung itu tidak menghiraukan arahan di mana surau tidak dibenarkan mengadakan solat fardu selain hanya empat jemaah saja yang dibenarkan.

Aktiviti surau di kampung berkenaan tetap diteruskan dengan puluhan jemaah sanggup menunaikan solat dalam gelap dan menyorokkan selipar agar kehadiran mereka beramai-ramai tidak dapat dikesan pihak berkuasa.

Pauh2

Tindakan mementingkan diri itu dikatakan menjadi antara punca tercetusnya kluster di kawasan itu yang dipanggil Kluster Pauh Lima di mana sehingga semalam, sebanyak 78 kes positif Covid-19 telah dilaporkan.

Salah seorang penduduk berusia 45 tahun memaklumkan aktiviti surau tetap diteruskan seperti biasa termasuklah sepanjang bulan Ramadan lalu. Dia yang enggan namanya didedahkan itu berkata,

Mereka tetap mengerjakan solat lima waktu seperti biasa. Cuma untuk waktu siang, kehadiran tidak seramai sebagaimana di sebelah malam.”

Ketika solat sunat tarawih, kehadiran memang ramai sehingga mereka sanggup solat dalam keadaan bergelap dan menyembunyikan selipar.”

Memang rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan penduduk berkenaan kerana kesannya habis satu kampung yang terjejas disebabkan kedegilan mereka.”

Pauh

Sementara itu, penduduk dikenali sebagai Yah, 50, berkata apa yang berlaku itu menimbulkan kemarahan penduduk yang lain terutamanya mereka yang betul-betul mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Malah menurutnya dia telah mendapat maklumat bahawa ada jemaah yang hadir mengalami gejala seperti batuk dan demam tetapi masih tetap pergi ke surau untuk solat Tarawih.

Saya pun tidak faham kenapa penduduk terlalu degil untuk mengikut arahan yang dikeluarkan. Inilah dikatakan mengejar pahala di tempat yang salah.”

Bila pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), semua penduduk yang terjejas, bukannya hanya golongan yang melanggar SOP.”

Pauh3

Semalam, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPD di dua lokaliti iaitu Kampung Pauh Lima, Mukim Gunong, Bachok dan Kampung Pauh Lima, Mukim Banggu, Kota Bharu, Kelantan mulai esok sehingga 1 Jun. Ini kerana Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlakunya peningkatan kes secara mendadak membabitkan kedua-dua lokaliti terbabit.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan punca sebenar jangkitan sama ada berpunca daripada aktiviti surau atau sebaliknya.

Baca: Polis Cadang Kompaun Sekolah Jika Cetus Kluster Baru COVID 19 Akibat Daripada Pengabaian SOP

Kompaun 1

Sumber: Sinar Harian
Sumber: KKM
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.