in

JAWI Salah Cekup Pasangan Suami Isteri, Serbu Masuk Ketika Isteri Tidak Berpakaian Lengkap

Jawi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasangan suami isteri dilaporkan mengemukakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan enam individu yang lain hari ini.


Menurut Mohd Ridhuan Giman, 34 dan isterinya Siti Sarah Maulad Abdullah, 26 yang memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, JAWI telah menahan mereka secara salah atas dakwaan khalwat di dalam satu serbuan baru-baru ini.

Mereka menamakan pegawai penguat kuasa JAWI Mohd Shiham Ramli dan Mohammad Izehar Md Amin; Ketua Pegawai Penguat kuasa JAWI; Ketua Pengarahnya; JAWI; Jabatan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketujuh.

Z 3
sumber: berita harian

Pada 8 Januari lalu, kira-kira jam 1.30 pagi, defendan pertama dan kedua serta enam lagi pegawai penguat kuasa JAWI membuat serbuan di bilik sebuah hotel bajet tempat mereka menginap.

Namun, sebelum sempat membaca dengan jelas kad kuasa yang ditunjukkan, pegawai serbuan terus meluru ke dalam bilik walaupun sudah memberitahu bahawa isterinya berada di dalam bilik dan tidak berpakaian lengkap pada ketika itu.

Selepas melihat isterinya tidak berpakaian lengkap, pegawai itu dengan pantas terus mengambil gambar serta video dan hal berkenaan menyebabkan berlaku pergelutan antaranya dan pegawai serbuan.

Meskipun sudah menunjukkan foto sijil nikah dan gambar perkahwinan di telefon bimbit sebagai bukti sah, pegawai berkenaan bagaimanapun enggan menerima bukti itu serta tetap berkeras untuk menahan pasangan berkenaan.

Plaintif dan isteri kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tun H.S.Lee untuk membuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat JAWI.

Balai

Plaintif turut mendakwa, selepas ibunya sampai ke balai polis dan mahu menunjukkan sijil nikah, pegawai itu tetap berkeras mahu mereka menandatangani Bon Diri.

Berikutan kes itu, pasangan berkenaan menuntut supaya penangkapan dan penahanan mereka diisytiharkan salah, tidak sah dan bercanggah Perlembagaan Persekutuan serta Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan perisytiharan ia menceroboh privasi serta salah guna kuasa, selain menuntut ganti rugi.

Macam ni punya kes pun ada la…..

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.