in

“Jauhkan diri dari saya” – Polis India Guna Pelekat Amaran Bezakan Penduduk Belum Divaksin

India Vaksin E1623550201705

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

‘Jauhkan diri dari saya’.


Itulah amaran yang tertulis pada pelekat yang ditampal pada dada individu yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19 di India.

Memetik laporan Independent, pendekatan kontroversi itu dilakukan oleh polis di daerah Madhya Pradesh, India sebagai salah satu cara untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan mengambil vaksin COVID-19.

Difahamkan, pendekatan itu dilakukan di bandar Niwari dimana pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan secara rawak dan bertanyakan penduduk sama ada mereka sudah divaksin atau belum.

India Amaran E1623547975725

Sekiranya individu itu sudah menerima vaksin, mereka akan diberikan badge berwarna sama seperti bendera India beserta tulisan yang berbunyi,

‘Saya seorang patriot kerana saya sudah divaksin’.

Skull And Crossbones Sign Given To Unvaccinated In Ruralindia E1623547715837

Walau bagaimanapun, jika individu yang disoal belum menerima vaksin, pamphlet berlogo tengkorak manusia beserta amaran agar dijauhi akan dilekatkan pada bahagian dada baju mereka.

 

“Kami ingin memberi penghargaan kepada mereka yang sudah menerima vaksin dan memberitahu sesiapa yang masih belum menerima suntikan vaksinasi,” kata seorang polis menerusi satu video.

Pun begitu, pendekatan yang dilakukan pihak berkuasa tempatan ini menerima beberapa kecaman di media sosial. Ada yang beranggapan ia adalah sesuatu yang memalukan dan menunding jari ke arah bekalan vaksin yang kurang sebagai penyebab kenapa masih ada segelintir penduduk yang belum menerima suntikan vaksinasi.

Ada juga yang menyatakan rasa setuju mereka dengan pemberian badge kepada mereka yang sudah divaksin tetapi menyelar tindakan polis yang melekatkan pamphlet amaran pada mereka yang belum kerana masih ramai lagi penduduk di negara itu yang masih menunggu giliran untuk divaksin.

Sumber: Independent

Baca: Krisis COVID-19 India: Hospital Suruh Waris Cari Sendiri Mayat Ahli Keluarga Dalam Longgokan Jasad

India Covid 19 2 E1623547581755

Sumber: The BL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.