Pendakwah dan personaliti media sosial, PU Amin, menegur keras trend sesetengah pengguna TikTok yang merayu sumbangan atau gift dengan menggunakan ayat agama serta bacaan doa bagi menarik perhatian penonton.
Menerusi satu hantaran di Instagram, PU Amin menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak wajar dan sudah jauh menyimpang daripada tujuan sebenar penggunaan ayat suci.
Artikel berkaitan: “Tiada istilah cop tempat” – PU Amin Tegur Individu Larang Orang Luar Duduk Saf Pertama Dalam Masjid
Artikel berkaitan: “Kecam tak jadi apapun” – PU Amin Minta Agamawan & Selebriti Henti Berbalah Isu Konsert Coldplay
View on Threads
“Jangan support geng merayu gift TikTok dengan cara guna jalan agama, baca ayat baca doa mintak gift, kotor betul cara begitu, jangan normalisasikan perkara buruk seperti ini. Nak tahlil kena bagi topi satu. Jauh menyimpang dah ni,” tulisnya.
Menurutnya, tindakan menjadikan agama sebagai alat untuk mendapatkan sumbangan bukan sahaja tidak beradab, malah mengundang salah faham terhadap fungsi ibadah serta ritual keagamaan.
Teguran PU Amin itu turut mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang bersetuju bahawa trend tersebut boleh mencemarkan imej agama dan menimbulkan persepsi negatif terhadap para pendakwah atau penyampai ilmu.
Beliau sebelum ini juga beberapa kali menegur kandungan berunsur agama yang disalahgunakan demi meraih tontonan atau keuntungan di platform digital.
Sumber: Threads
