Dolla merupakan girls group yang semakin terkenal di Malaysia, dengan lagu-lagu seperti Classic, Damelo serta Raya, Raya, Raya kumpulan Dolla mempunyai peminat mereka yang tersendiri.
Dianggotai oleh Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya, kumpulan Dolla baru-baru ini melakukan debut di China dalam satu rancangan realiti nyanyian mereka di sana. Persembahan mereka diminati ramai dan mendapat tepukan yang gemuruh dalam rancangan Show It All.
Artikel berkaitan: Kumpulan Dolla Teringin Buat Persembahan Di Kelantan, Tiada Niat Nak ‘Jolok Sarang Tebuan’
Artikel berkaitan: PDRM Sahkan Dolla Diperiksa Anggota Sebenar, Bukan Penyamar
Klip persembahan mereka tular di media sosial dan rata-rata rakyat Malaysia berbangga dengan kebolehan mereka.
Namun, ada sesuatu yang peminat serta netizen nampak dan ianya sangat ketara, persembahan Dolla ketika di China dirakamkan dengan begitu cantik dan teratur, manakala persembahan mereka di Malaysia kelihatan hambar dan ‘bersepah’.
@livelifemine Penonton mstilah mahu tgk yg trbaik kn..☺️#foryou #dolla #tiktokmalaysia
“Bukan Dolla tak power tapi…”
Ramai netizen merasakan persembahan Dolla di China itu mendapat setup serta camera works yang sangat cantik. Di Malaysia pula, pergerakan kamera itu seakan dari zaman 90-an dan tidak lagi relevan.
Malah, ada juga yang merasakan selain daripada pergerakan kamera, penata pentas juga memainkan peranan.
Harap performance Dolla makin best kat Malaysia ni!
Sumber: TikTok