in

“Jarang-jarang berlaku” – Ramai Teruja Lihat Video Salji Turun di Gunung Kinabalu

Snowing In Kinabalu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang pernah ke negara beriklim sejuk, bermain dengan salji adalah antara checklist yang paling diimpikan ramai kerana kita datangnya dari negara beriklim Khatulistiwa dan tidak mengalami 4 musim.

Pun begitu, baru-baru ini, satu fenomena mengejutkan berlaku di puncak Gunung Kinabalu apabila malim dan pendaki gunung berkenaan merasai satu pengalaman luar biasa!


71632059882 Gunungkinabalu

 

Salji turun di Gunung Kinabalu??

Menerusi video yang dikongsikan Berita Harian, salji dikhabarkan telah turun di kawasan Sayat-Sayat berdekatan dengan puncak gunung tersebut sekitar jam 6.20 pagi hari ini.

Cuaca pada ketika itu juga dilaporkan sangat sejuk dan secara tiba-tiba kelihatan ketulan putih menyamai salji turun di kawasan itu selama kira-kira 2 minit.

Fenomena berkenaan sempat dirakam pelatih laluan Via Ferrata, Hajiri Sulumin, 47, ketika sedang menunggu pendaki turun dari puncak gunung. Wah bestnya! 

Perkara itu juga dikatakan berlaku secara spontan dalam tempoh yang sangat singkat iaitu 2 ke 3 minit.

“Ketika itu saya sedang menunggu pendaki yang berada di puncak dan tiba-tiba ada salji turun tetapi sekejap saja antara dua hingga tiga minit.

“Ketika kejadian, saya berada di Sayat-Sayat Check Point dan saya percaya ia berlaku sehingga kawasan puncak gunung,” katanya.

 

Bukan pertama kali berlaku 

Sejak 11 tahun menjadi pelatih Via Ferrata, Hajiri memberitahu ia bukan kali pertama kejadian ini berlaku dan dia pernah saksikan hal yang sama pada tahun 2018.

Dalam pada itu,  Penolong Pengarah Taman Kinabalu, Justinus Guntabid juga menjelaskan kawasan yang dituruni salji itu berlaku sekitar kilometer 7 hingga puncak gunung.

https://www.facebook.com/100073442063482/videos/pcb.152979960493405/2057258584447994

 

Keadaan cuaca yang lebih sejuk berbanding kebiasaan juga katanya menjadi punca fenomena itu berlaku.

“Kalau ikut rekod suhu dari jam 2 hingga 10 pagi, ia sekitar 6.9 hingga 12.3 darjah selsius, manakala tahap kelembapan pula ialah 52 hingga 62 peratus.

“Kejadian kali ini sememangnya luar biasa kerana kebiasaannya hanya hujan ais atau pembekuan di sekitar kawasan puncak, apa yang dilihat pagi ini, ia benar-benar salji,” jelasnya.

Mengikut rekod, kejadian yang sama pernah berlaku pada tahun 1975 dan 1993.

https://www.facebook.com/100073442063482/videos/pcb.152979960493405/1945928838902036

 

“Kenangan terindah ni” 

Video yang tular di media sosial ini telah mendapat perhatian daripada netizen yang rata-rata sangat teruja dengan fenomena yang berlaku. Once in a lifetime la katakan! Bukan senang tau nak dapat pengalaman indah macam ni. 

Salji

Wahh untunglah ye mereka yang pergi Gunung Kinabalu hari ni! 

Baca: “Langsung takde salji keliling tu” – Netizen Kagum Tengok Venue Olimpik Musim Sejuk China

Beijing

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.