in

“Janji PH hapus GST adalah fantasi” – Najib

N1 Copy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 16 Mei 2018 yang lalu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mengumumkan bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 6% yang dikenakan di seluruh negara akan bertukar kepada kadar sifar mulai 1 Jun 2018.


Rata-rata rakyat gembira mendengar berita tersebut dan sudah tak sabar-sabar nak tunggu 1 Jun untuk membeli barangan keperluan tanpa caj GST. Namun menurut Berita Harian, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan hal tersebut sebagai tidak realistik.

N1
sumber: malaysiakini

Menurut ahli Parlimen Pekan itu, janji PH untuk menghapuskan GST serta melakukan pembaharuan ekonomi mustahil akan dapat dilakukan.

“Itu (janji PH) adalah fantasi. Tak mungkin mereka boleh melaksanakan.”

Beliau turut menyatakan keraguan terhadap langkah kerajaan mengurangkan GST kepada kadar sifar sebagai langkah sementara yang diumumkan dalam usaha menghapuskan cukai tersebut.

“GST sifar bukan apa yang mereka janjikan. GST sifar boleh juga bererti anda boleh tambah bila-bila masa.”

Kkrrmmcop5Qcjtm4C7Yc2G1
gambar hiasan

Selain GST, Najib juga mempersoal pelaksanaan pengecualian dan penangguhan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta penurunan harga minyak. Beliau juga mendakwa laporan yang mengatakan pentadbirannya gagal adalah salah satu percubaan PH untuk memburukkan dirinya.

“Sudah boleh dilihat bahawa tiga hari selepas pilihan raya, mereka kata ekonomi dalam keadaan kukuh. Sedangkan sebelum itu mereka kata ekonomi dalam keadaan teruk, kita sedang bankrap dan Malaysia perlu diselamatkan.”

N2
sumber: perak today

“Adakah mereka cuba katakan bahawa ekonomi pulih dengan secepat itu? Simpanan kewangan kukuh dan kita ada pertumbuhan yang baik? Tidak! Ini kenyataan yang dibuat tiga hari lepas pilihan raya.”

Najib juga menegaskan bahawa ekonomi negara sememangnya berada dalam keadaan baik ketika di bawah pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini.

Semoga ekonomi negara akan semakin baik lepas ni!

Baca: “Malaysia boleh hidup tanpa GST” – Zeti Aziz

Zz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.