in

“Janji ikhlas tolong” – [VIDEO] Ibu Pelik Lama Sangat Dekat Dapur, Cara Anak ‘Cuci’ Kerang Buat Netizen Terhibur

Fi Anak Tolong Cuci Kerang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita cakap pasal dapur ni, memang lazimnya kita akan cakap ini adalah ruangan yang ‘dikhaskan’ untuk kaum wanita. Bagi kaum ibu pula, selalunya mereka tak akan kasi anak-anak untuk datang sekitar ruangan tersebut sebab tak mahu terganggu.


Pun begitu, bila dah makin besar seorang anak itu maka mereka akan menjadi harapan sang ibu untuk membantu mereka di dapur seakan sama dengan kisah ini.

 

Minta tolong anak cuci kerang

Perkara ini dilalui oleh seorang wanita dikenali sebagai Puan Hayati Ahmad dan dikongsikan melalui akaun TikToknya.

Menerusi postingnya yang viral baru-baru ini, Puan Hayati ada meminta pada anak sulungnya untuk membantu membersihkan kerang di dapur. Namun lama-kelamaan, dia mula curiga sebab anaknya itu ambil masa yang terlampau lama.

Anak Tolong Cuci Kerang 2

Bila diperiksa ke dapur, alangkah terkejutnya beliau selepas melihat gelagat anak lelakinya berkenaan. Rupa-rupanya, dia tengah menyental setiap satu kulit kerang tersebut dengan menggunakan berus.

Paling mencuit hati, dengan tanpa rasa bersalah dia kelihatan bangga dengan hasil kerja yang ditunjukkan kepada ibunya itu dengan mengatakan kerang tersebut dah mula kelihatan putih. Boleh gitu eh?

Perkongsian oleh Puan Hayati tersebut telah meraih perhatian ramai dan sehingga kini video berkenaan telah meraih lebih dari 1.2 juta views.

@yattahmad23

Bertuah punya budak!

♬ original sound – Yatt Ahmad ?? – Yatt Ahmad ??

 

“Pakai clorox je awak confirm putih mcm cahaya ilahi”

Menjengah ke ruangan komen, nyata tindakan oleh pemuda itu membuatkan rata-rata netizen terhibur. Ada yang bergurau dengan mencadangkan, supaya gunakan clorox supaya lebih mudah nak dibersihkan kerang tu.

Namun ada juga yang memuji tindakan pemuda itu, dengan menyifatkan dia begitu ikhlas nak menolong ibunya.

Reak Anak Tolong Cuci Kerang 3 Edit Reak Anak Tolong Cuci Kerang 1 Edit Reak Anak Tolong Cuci Kerang 2 Edit

Memang contoh anak soleh betul dia ni, min pun boleh kata tak rajin sampai macam tu. Siapa lagi yang pernah cuci kerang macam tu? Haa takmo tipu.

 

Baca : “FOODPANDAI dah sampai” – [VIDEO] Ramai Geram Tengok Rider Cilik Tolong Ibu Buat ‘Delivery’ Makanan

Foot Anak Tolong Cuci Kerang

 

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.