Semalam, kecoh diperkatakan mengenai satu peraduan Ramadan yang kononnya diadakan oleh sebuah syarikat minuman terkenal, MILO yang menawarkan hadiah lumayan bagi mereka yang menyertainya.
Ia meminta pengguna media sosial untuk share link tertentu dan mereka yang menekan link tersebut perlu menjawab beberapa soalan dan mengisi butiran peribadi.
Walau bagaimanapun malangnya, ada yang mengadu wang mereka di akaun bank telah ditolak berkali-kali selepas menyertai peraduan tersebut. Alamak dahlah hujung-hujung bulan ni!
https://www.facebook.com/100000538947076/posts/pfbid0ueXoK3ZuKyuUVJ9wuZ2Sc7TNKLMSouS97xYAW5iz1W6orco1ADQqSX84PMxJwTuRl/?mibextid=cr9u03
“Ini satu penipuan yang bertujuan untuk memperdayakan orang ramai”
Hal ini kemudian telah mendapat perhatian pihak MILO dan Nestle yang telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung isu tersebut.
Menerusi perkongsian MILO di Instagram, mereka sedia maklum akan peraduan itu yang menawarkan hadiah wang tunai kepada orang ramai setelah mengisi borang soal selidik.
Ia juga tegasnya merupakan satu penipuan yang bertujuan memperdayakan orang ramai.
https://www.instagram.com/p/CqZlTcErp4g/
Oleh itu, orang ramai diminta untuk tidak share post berkenaan, mengisi apa-apa informasi peribadi dan jangan membuat apa-apa pembayaran.
Untuk apa-apa jenis peraduan, orang ramai juga diminta hanya merujuk ke laman web rasmi syarikat tersebut.
Sebagai peringatan, korang janganlah tekan apa-apa link yang tidak pasti daripada mana asalnya. Bimbang sebab kes curi duit online ni kian menjadi-jadi. Dahlah nak raya ni.
Baca: Pelanggan Kena Scam, Kecewa Sikap Peniaga Bazar Sorok Murtabak ‘Rentung‘

