in

“Jangan sembah vaksin” – KJ Fail Saman Fitnah, Ustaz Abu Syafiq Nak ‘Saman Balas’ RM500 Juta?

Collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengatakan yang beliau telah pun memfailkan dua saman fitnah terhadap bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam dan penceramah bebas, Mohd Rasyid Mohd Alwi atau lebih dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq.


Tindakan ini dibuat kerana dua individu ini dikatakan telah memfitnahnya menerusi video dan gambar melalui akaun media sosial. Khairy telah menuntut ganti rugi dan meminta agar hantaran-hantaran tersebut dibuang serta membuat permohonan maaf secara terbuka.

https://www.instagram.com/p/CZgC2Zrtq6A/

Ekoran ini menerusi Instagram, penceramah ini bercadang untuk mengemukakan saman balas terhadap Menteri Kesihatan tersebut sebanyak RM500 juta.

Saya akan saman balas RM500 juta. Saman menteri-menteri ‘sedap sikit’ sebab poket mereka berkepok.”

https://www.instagram.com/p/CZgWLhHtebw/

“Saya sayang Abang KJ”

Namun dalam hantaran lain, Ustaz Abu Syafiq turut memuat naik hantaran membuat permohonan maaf terhadap Khairy dengan memanggil Menteri Kesihatan ini dengan panggilan “Abang KJ”.

https://www.instagram.com/p/CZgMgjZNcLH/

“Pendirian saya adalah LAWAN”

Selain itu, Ustaz Abu Syafiq turut menegaskan yang dia tidak akan senyap mengenai isu ini dan tetap akan lawan pemimpin yang dia anggap zalim dan jahat.

Pendirian saya terhadap pemimpin zalim bukan senyap dan bisu walau mereka pukul dan siksa kamu. Seperti ia pendirian ramai agamawan lain. Hanya tunduk dan patuh kepada kezaliman dan kejahatan.

“Pendirian saya adalah LAWAN. Lawan sampai mati. Sedikit pun tak gentar dengan apa-apa ugutan.”

 

Baca: “Gelombang Omicron bermula, kes dijangka meningkat” – Khairy Jamaluddin

Screenshot 2022 02 04 At 1.08.46 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.