Hampir seminggu kes ini berlalu, namun kisah mengenai kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, ini tetap menjadi tajuk utama perbualan netizen ramai.
Pun begitu menurut Kosmo, bapa kepada remaja tersebut, Ismail Muda, 58, telah menafikan dakwaan sesetengah pihak yang tersebar luas di media sosial bahawa gelang emas milik anaknya itu telah dicuri suspek dalam kejadian pada Ahad lepas.
Katanya lagi, arwah yang merupakan anak kelima daripada tujuh orang adik beradik tidak memakai sebarang barang kemas sewaktu kejadian berlaku.
Arwah anak saya (Siti Nur Surya) tidak gemar pakai barangan kemas. Saya minta warganet tidak menyebar perkara tidak sahih di media sosial.
“Saya terkilan macam-macam perkara tidak sahih disebarkan sehingga mengganggu emosi ahli keluarga saya terutama anak bongsu (Nur Liyana Syuhada, 15) yang masih kemurungan sehingga hari ini,” katanya.
Walau bagaimanapun, suspek yang juga berusia 19 tahun itu dipercayai menggunakan wang milik mangsa yang diambilnya untuk membayar hutang. Perkara ini telah dimaklumkan pihak polis semasa dipanggil untuk melakukan pengecaman.
“Saya dimaklumkan individu yang menerima duit tersebut telah memulangkannya kepada polis setelah berita kematian anak saya (Siti Nur Surya) dan penahanan suspek tersebar,” katanya.
Oh baru admin tahu rupanya berita palsu! Haih tak baik tau sebar benda yang tak betul macam ni kat orang ramai.