Agak menakutkan, setiap kali kita terbaca kisah-kisah realiti anak-anak zaman sekarang yang bersifat agak terbuka dan lebih ‘advanced’ terutamanya melibatkan perkara-perkara berunsur seksual.
Perkara ini ada dikongsikan seorang penceramah @akhifairuz_ di laman Twitternya baru-baru ini.
Apa perasaan korang, kalau pengalaman ni berlaku kat diri sendiri?
Mungkin muncul perasaan bercampur baur; nak marah ada, sedih pun ada kan — kerana menyedari hakikat bahawa generasi kita gagal menangani isu moral yang semakin meruncing dalam kalangan kanak-kanak dan remaja kini.
Bila bercakap tentang punca keruntuhan akhlak generasi millenial sekarang, yang akan terpalit paling teruk tentulah golongan ibu bapa selaku tonggak utama dalam pembentukan sahsiah dan jati diri anak mereka.
Perkara ini turut diakui netizen lain.
Rosak institusi keluarga, maka akan rosaklah keseluruhan generasi yang dilahirkannya. Begitupun, perkara ini seolah dipandang remeh oleh kebanyakan ibu bapa kini — yang meletakkan tanggungjawab mendidik anak muda di tangan orang yang tidak sepatutnya.
Kita faham dengan keadaan semasa yang agak menekan, ibu bapa terpaksa keluar bekerja untuk mencari rezeki — namun tidaklah sehingga mengabaikan hal ehwal anak-anak sepenuhnya.
Kalau beginilah akhlak generasi yang dibesarkan, tidakkan perkara itu menimbulkan sedikit kegerunan dalam hati kita?
Perkara ini (menunjukkan keintiman berlebihan di hadapan anak-anak) sewajarnya diambil maklum dan disedari oleh ibu bapa — mereka harus ada sifat malu, hatta di hadapan darah daging sendiri sekali pun.
Betul kata @akhirfairuz_ bahawa ibu adalah madrasah pertama kepada anak-anaknya. Bila ibu dapat mempersiapkan dirinya dengan baik, maka dia juga dapat mempersiapkan bangsa yang baik dan kuat di masa hadapan.