Rata-rata di televisyen mahupun di dada akhbar sekarang, banyak pengasas produk tempatan galak mempromosi ubatan tradisional yang dikatakan mampu merawat 1001 jenis penyakit yang dihadapi orang ramai.
Namun boleh dikatakan hampir 80% daripada produk ni memang tak boleh dipercayai langsung sebab ia tidak mendapat kelulusan KKM dan didakwa menggunakan barang terlarang. Lebih menakutkan, kesannya adalah seperti yang dialami wanita dalam posting viral ni…
Baru umur 28 tahun tapi dah hidap hepatitis (penyakit hati)?
Menerusi perkongsian seorang medical assistant bernama Azrul di Facebook, baru-baru ni dia telah merawat pesakit muda yang dikatakan menderita penyakit hati. Agak mengejutkan jugalah, pesakit ni dikatakan sakit sebab terlalu kerap ambil ubatan tradisional dan supplement. Erk!
“Wanita berumur 28 tahun derita hepatitis (penyakit hati) disebabkan oleh pengambilan kerap ubatan tradisional dan supplement. Diagnos anak panah merah.
“Bahan tradisional anak panah hijau tapi saya dah padamkan untuk mengelakkan apa2 kesulitan. Pesakit AOR (enggan teruskan rawatan di hospital) anak panah kuning. Harini call ambulans ambik kes dirumah kerana tak tahan sakit.”
“Kalau dah sakit tu, janganlah tolak rawatan hospital/klinik”
Perkara yang paling buat seorang doktor geram ialah bila patient dah sakit, tak nak pulak ambil rawatan di hospital. Haiyooo..
Apa-apapun Azrul beri peringatan supaya mereka kat luar sana jangan cuba ‘nak bunuh diri’ dengan makan macam-macam jenis ubat tradisi, jamu dan supplement. Muda-muda organ dalam badan dah rosak! Adoi! Janganlah cepat percaya iklan mak nenek kat tv and socmed tu.
“Pengajarannya:
“1) Sayangilah badan anda. Janganlah bunuh diri sendiri dengan makan bermacam2 ubatan tradisi, jamu dan supplement. Nak kurus nak cantik gunalah cara yang sihat dan nasihat doktor. Sayang sekali muda2 hati dah rosak. Nak kurus nak cantik takde jalan singkat. Kalau ada, singkat jua lah nyawa anda.
“2) Jangan mudah percaya iklan2 ubatan tradisi dan ubatan kecantikan serta supplement2 kurus dan nak cantik.
“3) Kalau dah sakit tu, jangan lah tolak rawatan hospital/klinik. Kalau ada mak ayah kita yang sakit, diorang tolak rawatan, kita sebagai anak2 paksa lah mereka supaya ambik rawatan. Biar menangis sekarang jangan menangis kemudian hari.”
Ingat peringatan yang diberikan doktor tu… haih jangan sembarangan ambik supplement lah, ubat tradisional lah. Nanti bila dah sakit, last sekali cari doktor jugak. Ish, ish, ish…
Baca: Doktor Ini Jelaskan Supplement Untuk Ibu Mengandung Bukan ‘Sampah’ Kalau…