Sedang kita memerlukan sokongan antara satu sama lain terhadap petugas-petugas frontliner untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang mempertaruhkan nyawa untuk berhadapan dengan wabak Covid-19 ini, wujud pula krisis sesama pendakwah.
Dikatakan pendakwah tersebut menzahirkan rasa kurang senang terhadap pendakwah lain yang berkeliaran di luar sana kerana dikatakan seperti tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan untuk menyalurkan bantuan.
Janganlah double standard sbb tu orang terkenal”
Ustaz Shahrizan ada muat naik satu posting tentang rasa tidak puas hatinya terhadap individu yang menyalurkan bantuan dan merayau sesuka hati.
Katanya ada seseorang ini tidak mengikut SOP Kawalan Pergerakan dan Social Distancing. Dia juga menempelak pada segelintir pihak yang terlalu double standard hanya disebabkan individu itu orang terkenal.
Tegasnya lagi, akibat perbuatan itu akan banyak sukarelawan yang nak buat misi yang sama dimana ia akan menambahkan lagi risiko penularan wabak ini.
“Pihak berwajib dah ada, MKN ada salur direct penghantaran melalui mereka dan pelbagai mekanisme selamat”
Kenyataan yang dikeluarkan itu telah mengundang kecaman netizen, ramai yang menegur sikapnya itu kerana ada cara yang lebih baik jika ingin membuat teguran.
Bagaimanapun, Ustaz Shahrizan ada pendiriannya tersendiri.
Sesama ustaz, tak payah upload status macam ni – Netizen
Dalam pada itu, ramai juga yang menyokong kenyataan Ustaz ini, kerana tindakan itu seolah-olah dapat kelonggaran untuk keluar sesuaka hati.
Biarpun Ustaz Shahrizan telah menjelaskan bahawa posting tersebut termasuk semua orang buat benda yang sama dan tidak menyebut nama individu terlibat secara spesifik, ada yang beranggapan ia ditujukan kepada Ustaz Ebit Lew.
Ini kerana kalau diperhatikan di Instagram miliknya, Ustaz Ebit Lew kini giat memberikan bantuan kepada petugas-petugas yang terlibat menjalankan Pemerintahan Kawalan Pergerakan ini dari segi makanan, topeng dan lain-lain.
“Perli ustaz Ebit ke?”
https://www.instagram.com/p/B-CZt-AlL6x/
https://www.instagram.com/p/B98KWl3FPMw/
Hurm, apa pun harap masing-masing dapatlah buat rundingan secara baik agar tidak mencetuskan lagi spekulasi lain sesama pendakwah yang patut dijadikan role model kepada rakyat.
Baca : “Duit waktu ni boleh jadi saham akhirat” – Ustaz Ebit Lew Beli 10,000 Topeng Muka Untuk Disedekahkan